Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Abah Pernah Marah Aku, Sebab Aku Nak Pergi Shah Alam Naik Moto .." - Issey Kongsi Memori Sebelum Arwah Ayah Meninggal Dunia

Zulaikha Yusof 18/06/2019 | 04:02 MYT
Penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi kenangan bersama arwah ayahnya, Mat Hussin Hassan Gul sempena sambutan hari bapa.
Menurut Issey, dia pernah dimarahi ayahnya apabila ingin menunggang motosikal daripada Kelantan menuju ke Shah Alam.
Yang lebih menyayat hati, seminggu selepas kejadian itu Issey kehilangan ayahnya buat selamanya.
"2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm.
"Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik moto (dari Kelantan).
"Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi.
"Tapi walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya moto ok ke? Ok tak perjalanan?
"Aku tahu perjalanan aku dari KB - Shah Alam masa tu diiringi doa abah.
"Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Issey sedekahkan al-fatihah kepada arwah di samping turut berasa kehilangan.

2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm. Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik motor (dari Kelantan). Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi. Tapi, walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya, ‘motor ok ke? Ok tak perjalanan’ ? Aku tahu, perjalanan aku dari Kb - Shah alam masa tu diiringi doa abah. Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah. . Mat Hussin bin Hassan Gul (1943-2006) #gengissey #selamatharibapa

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

#Issey
;