Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Abang Bas ‘Crush’ Dengan Murid Sekolah Menangis Didakwa

Gempak 10/09/2024 | 04:29 MYT

Pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas sekolah sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’ menangis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual kanak-kanak, sejak April lalu.

Tertuduh yang berusia 24 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor sambil dilihat hanya menunduk serta mengesat air matanya ketika rayuan jaminan dibuat.

BERITA BERKAITAN : Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

BERITA BERKAITAN : Nadeera Zaini Pernah Give Up, Netizen Hina muka Macam… | GMW Highlights

BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah mencium pipi kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga merupakan anak suadaranya bagi maksud seksual.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 5 petang hingga 6 petang di dalam bas sekolah di Simpang Renggam dalam daerah Kluang pada April sehingga September 2024.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum dengan sebat.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah memerhati kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun secara berulang bagi maksud seksual antara pukul 5 petang hingga 6 petang bertempat di dalam bas sekolah di alamat sama, pada bulan ini.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan Amang Seksual Bukan Fizikal di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Abdul Ghafar Ab. Latif mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kes tersebut mendapat perhatian umum yang telah memberi bermacam-macam komen serta gesaan terhadap pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Sebelum ini, polis menahan seorang pemandu bas yang sebelum ini tular memuat naik rakaman video penumpang bas murid sekolah rendah dan melabel mereka sebagai ‘crush’ atau ‘kesayangan’.
Penahan pemandu bas berusia 24 tahun itu dibuat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira jam 2.57 pagi pada Jumaat lalu di Simpang Renggam, Johor Bahru

#sekolah #Menangis #Abang #Bas #Didakwa
;