Laman Utama
Abang Isa Khan, Aliff Alli Khan Positif Covid-19 Kali Kedua! Puncanya...
Abang kepada pelakon dan usahawan kacak Isa Khan, Aliff Alli Khan yang kini berada di Indonesia disahkan sekali lagi dijangkiti virus Covid-19.
Berita itu disahkan oleh peguamnya, Asgar Sjafri apabila Aliff gagal menghadiri perbicaraan kes perceraiannya dengan personaliti media sosial, Aska Ongi pada Rabu lalu.
Kata Asgar, kesihatan Aliff kembali merosot dan paru-parunya kembali dijangkiti virus Covid-19 dan kini menyerang organ lain termasuk hati.
"Iya masih sakit, paru-parunya ada kesan kerana dia vape. Paru-paru masih belum pulih sepenuhnya selepas jangkitan Covid-19 sebelum ini.
"Dia sudah dua kali positif Covid-19, positif kemudian negatif dan selepas keluar hospital positif lagi. Maknanya dia masih belum boleh tamatkan kuarantin.
"Aliff masih di pusat perubatan, yang pasti dia akan terus dikuarantin sehingga benar-benar pulih," katanya memetik laporan Detik Hot.
Aliff juga mendapatkan rawatan daripada beberapa pusat perubatan bagi memastikan kesihatannya betul-betul pulih.
Pada awal Januari lalu, Aliff dilaporkan positif Covid-19 dan berada dalam keadaan kritikal di Rumah Sakit Wisma Atlet, Jakarta.
Aliff menerima rawatan di hospital selama tiga minggu.
Pada 6 Januari lalu, Aliff tidak dapat hadir di perbicaraan kes gugatan itsbat nikah dan cerainya dengan Aska Ongi yang berlangsung di Pengadilan Agama Jakarta kerana dijangkiti Covid-19.
Aliff bercerai pada 11 November 2019 dengan Aska Ongi selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.