Hiburan

"Abang Meh Datang Rumah... Kita Main Rom** Kat Hotel" - Amar Baharin Dedah Permintaan Pelik Peminat... Scary!

Kamaruddin Razal
22/11/2018
00:34 MYT
Sponsor Banner
"Abang Meh Datang Rumah... Kita Main Rom** Kat Hotel" - Amar Baharin Dedah Permintaan Pelik Peminat... Scary!
Pelakon Amar Baharin mendedahkan dia menerima permintaan pelik seorang peminat yang tidak masuk akal.
Amar berkongsi perkara terbabit menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Twitter miliknya. Memberikan respon terhadap permintaan pelik terbabit, Amar sempat memberikan nasihat kepada orang ramai.
"Dapat jemputan pergi U.S.A America Syarikat yeahhh. Siapa nak ikut? Jom... Waze boleh sampai tak?
"Haishhh sebab tu pentingnya mengawal penggunaan smartphone untuk anak-anak," tulis Amar.
Rata-rata netizen terkejut dengan permintaan pelik peminat terbabit. Malah, ada netizen yang menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang menyeramkan. Amar bernikah dengan cinta hatinya, pelakon Amyra Rosli pada 11 November 2016 dan menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Aqeef Anaqi yang dilahirkan pada 15 Oktober tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar