Viral
“Abang… Sempat Kalau Nak Kahwin Lain” – Enggan Ikut Permintaan Bakal Isteri, Lelaki Ini Nekad Kahwin Dengan Wanita Kanser Tahap Empat Buat Netizen Sebak
"Pergilah cari lain... Abang masih ada masa lagi kalau nak kahwin lain,” itulah permintaan seorang wanita pesakit kanser yang meruntun hati netizen.
Kisah cinta antara Lokman dan pasangannya, Nor Azurah Othman, 39, menjadi tular di media sosial selepas mereka disatukan ketika wanita itu sedang berjuang melawan kanser paru-paru tahap empat.
BERITA BERKAITAN : Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”
BERITA BERKAITAN : Rahsia Kekal ‘Slay’, Azfar Heri Ada Simpan… | GMW: What's In Your Bag
BERITA BERKAITAN : Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?
BERITA BERKAITAN : 12 Tahun ‘Bermasam Muka’, Kikan Dan Cokelat…? | GMW Highlights
Menerusi kiriman video yang dikongsikan kepada Gempak, proses pernikahan mereka dilakukan dalam keadaan yang begitu sederhana.
Menurut Loqman, beberapa hari sebelum mereka bernikah, Azurah sering memberitahu suaminya itu boleh meninggalkan dirinya dan memilih wanita lain sebagai isteri.
Bagaimanapun, Loqman yang juga merupakan seorang tentera tetap nekad untuk meneruskan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya walaupun pada ketika itu Azurah terlantar di hospita.
"Tak sihat bagi saya tidak mengapa, walaupun keadaannya begitu. Yang penting isteri tetap ada disisi saya.
"Keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan keluarga kedua belah pihak dan niat saya adalah menghalalkan isteri supaya lebih mudah untuk menjaganya.
"Isteri tanya saya betul atau tidak untuk teruskan (majlis) kerana awalnya, dia tidak bagi kerana menganggap dirinya tak mampu untuk memberi saya kebahagiaan dalam keadaannya yang sebegitu.
"Tapi saya nekad juga teruskan (perkahwinan) kerana bagi saya, dia adalah wanita sempurna dan kalau boleh nak jaga dia sehingga akhir hayat saya," katanya dihubungi Gempak.
Lokman juga memaklumkan majlis akad nikah secara maya itu diadakan pada 18 Ogos lalu.
Pada tarikh tersebut, dia berada di rumah keluarga isterinya bertempat di Kampung Sungai Kelambu manakala Azurah pula di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kata Lokman, mengikut perancangan asal majlis akad nikah sepatutnya dilaksanakan pada 7 September depan.
Namun memandangkan isteri sudah dimasukkan ke HKL, dia terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka berdua.
"Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Tujuan saya nak cepat supaya senang saya nak jaga dia (isteri).
"Perasaan saya bercampur baur pada hari akad nikah itu, tak mampu nak berkata-kata dan hanya dapat mengalirkan air mata kerana isteri tak ada bersama.
“Tapi sebaik selesai akad nikah, saya terus ke hospital dengan ditemani kembar isteri dan keluarga untuk sarungkan cincin," ujarnya.
Mengimbas detik perkenalan, Lokman berkata, dia dan isteri sudah lama mengenali satu sama lain sejak zaman sekolah lagi kerana tinggal di kawasan berdekatan.
Bagaimanapun, Lokman berkata, dia dan isterinya mula berkawan rapat serta bertukar nombor telefon pada November tahun lalu.
Terdahulu, kisah pasangan yang menyentuh hati itu tular selepas kembar Nor Azurah, Nora Delysya, 39, memuat naik video kakak dan abang iparnya itu yang diijabkabulkan secara atas talian.