Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Abby Abadi Nak Buat Akikah Anak Angkat Di Makkah

ZULHILMI JALIL 05/06/2020 | 10:16 MYT
Pelakon Abby Abadi, meluahkan hasratnya untuk melaksanakan ibadah akikah buat anak angkat ketiganya, Maira Darda Farisa di Makkah.
Menurut Abby, dia mahu mengakikahkan seekor kambing buat bayi perempuan yang mula dijaganya sejak April lalu itu.
"Ada ke peminat Darda kat sini? Hihi..macam artis pula, Mama Abah kena adil. Anak-anak semua Mama buatkan, akikah, bercukur...jadi, Darda tak terkecuali.
"Insya-Allah. Rezeki buat anak bertuah ini. Akikah Maira Darda Farisa seekor kambing akan dilaksanakan di Tanah Suci Makkah. Ada gambar dan video, nanti kongsi ya," katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Dalam posting tersebut, Abby turut berkongsi video memaparkan anak angkatnya itu menjalani proses bercukur rambut.
"Minta maaf semua peminat-peminat Darda. Darda terpaksa botak demi memenuhi tuntutan agama.
"Mohon doa semua je agar Darda menjadi anak yang baik, yang cantik, lawa, manis, yang solehah, mendengar kata, taat pada kedua Mama Abah, penuh kasih sayang dan bermanfaat pada semua umat manusia." katanya.

Minta Maaf Semua Peminat2 Darda ?? Darda terpaksa botak demi memenuhi tuntutan agama - Mama ? TQ Abah @jaiezzany utk ini ? . Ada ke peminat Darda kat sini? hihi.. macam artis pulak Mama Abah kena adil, anak2 semua Mama buatkan. Akikah, bercukur.. jadi Darda tak terkecuali ? . InshaALLAH. Rezeki buat anak bertuah ini. Akikah @mairadardafarisa seekor kambing akan dilaksanakan di Tanah Suci Mekah. Ada gambar & video nanti Sy share ye . Mohon doa semua je agar Darda menjadi anak yg baik, yg cantik lawa manis, yg solehah, mendengar kata, taat pada kedua Mama Abah, penuh kasih sayang& bermanfaat pd semua Umat Manusia InshaALLAH... Amin ? . ps: Mama cari minyak rambut Mama Dont Worry. Siapa yg ada ready stok sekitar Ampang,Keramat, Gombak meh sy nk beli... nk cepat ye hehe.. DM Sy

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Proses mencukur rambut itu dilakukan oleh suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Sebelum ini, pasangan tersebut sudah memiliki dua orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mara, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Abby Abadi #Akikah #Anak Angkat
;