Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Abby Abadi Tegur Orang Yang Suka Makan Di Kedai 'Pork Free'

Zulaikha Yusof 03/09/2020 | 05:28 MYT
Pelakon Abby Abadi, 43, bertindak menegur semua orang supaya lebih peka dengan makanan yang dinikmati.
Abby berkongsi kejadian di mana seorang wanita Islam bertindak memesan makanan dari sebuah kedai makanan yang pemiliknya bukan orang Islam.
Tegas Abby, walaupun terpampang perkataan bebas khinzir (pork free) di kedai itu namun harus diambil kira cara pembersihan dan penyediaan yang dilakukan.
"Banyak gerai orang Islam di pulau ni. Sempatlah kami makan char kuetiau, air semua beli air tin je. Dan ada juga gerai yang bukan Islam. Dan ada orang Islam tempah juga di gerai itu.
"Mungkin sebab mereka tak perasan atau mungkin sebab dia tulis 'pork free', wallahuallam. Nak bagitau, 'pork free' tu tiada vavisss je yang, tapi sembelihan ayam, dagingnya semua macam mana?
"Ambil tahu jugalah ya, fikir jauh sikit okey. Sebab kami duduk betul-betul depan gerai tu, tengok dia hantar nasi goreng dekat wanita bertudung labuh," tulisnya di Instagram (IG).
Situasi itu berlaku ketika Abby bersama keluarga termasuklah dengan aktor Norman Hakim serta Memey Suhaiza yang bercuti di Pulau Jerejak.
Dalam pada itu, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menyatakan pemakanan juga boleh menyebabkan hati kita menjadi degil dan makin menjauh dari agama kerana sudah menjadi darah daging.
"Suami @jaiezzanypun perasan sebab dia pergi gerai tu konon nak tempah apatah, sekali dorang tak pandai cakap Melayu. Suruh tunjuk gambar je. Ternampak 'pork free', tu yang jadi topik sembang kami semalam.
"Bila tersembang tentang halal haram ni, kita sebagai umat Islam kena lebih menjagalah ye tak? Sebab apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.
"Memang kita makan kedai yang takde halal, yang pork free, elok je lagi, tak mati, boleh bercakap semua.
"Tapi dalam tak sedar, hati kita ni makin degil atau makin menjauh dari Islam.
"Kita sebagai umat Islam, kalau ada gerai orang Islam, itu patut jadi pilihan. Kalau dah darurat sangat, takda makanan, tak makan boleh mati, jadi dibolehkan, dengan syarat pilih-pilih la juga makanan yang dijual," tulisnya lagi.

Tiket pergi balik rm22 . Pertama kali kami sampai ke Jerejak. Itupun kebetulan berjalan ke Penang. Terasa nk pergi sbb ternampak gmbr2 menarik di laman sosial ? . Kaki ni pulak kuat berjalan. Bergabung pulak dgn kaki @memeysuhaiza ??Jauh perjalanan, luas pengalamankan? Tak sampai taktahu. Dgr2 ckp org je, keras.. keras.. siang masa kami di sana smlm, tak keras manapun hehe.. tapi taktahu la kalau mlm sbb kami 3 jam dah rasa cukup dah. Puas dah bergambar? . Secara peribadi, utk kami seisi keluarga cukuplah dtg bergmbr je di Pulau Jerejak ni sbb tak nmpk aktiviti apa nk dibuat kalau bermlm ? Mungkin ada, tp kami taktahu kot.. . Makan minum Alhamdullillah. Byk gerai/stall org ISLAM di Pulau ni. Sempatlah kami mkn char keawtiaw, air semua beli air tin je.. Dan ada juga stall yg bkn ISLAM. Dan ada org ISLAM order juga di stall itu. Mungkin sbb mereka tak perasan atau mungkin sbb dia tulis Pork Free, wallahuallam.. ? Nak bgtaunya: Pork Free tu tiada vavisss je yang, tapi sembelihan ayam, dagingnya semua macamana??Ambil tahu jugalah ye, fikir jauh sikit k. Sbb kami duduk betul2 depan stall tu, tengok dia hantar Nasi Goreng dekat wanita bertudung labuh.. ? . Suami @jaiezzanypun perasan sbb dia gi stall tu konon nk order apatah, sekali dorg tak pandai cakap melayu.. suruh tunjuk gambar je. Ternampak pork free, tu yg jadi topik sembang kami semalam. Bila tersembang tentang halal haram ni, kita sbg Umat ISLAM kena lebih menjagalah ye tak? Sbb apa yg kita mkn akan menjadi darah daging kita. Mmg kita mkn kedai yg takde halal, yg pork free, elok je lagi.. tak mati, buleh berckp semua. Tapi dlm tak sedar, hati kita ni makin degil/makin menjauh dari ISLAM ? . Kita sbg Umat ISLAM, kalau ada gerai/stall org ISLAM, itu patut jadi pilihan. Kalau dah darurat sgt, takde makanan, tak makan buleh mati, jadi dibulehkan, dgn syarat pilih2 la juga makanan yg dijual ? . Pastu ada sorg ahli rombongan smlm sampuk, kalau seafood siapa jual pun takpe, semua buleh makan sbb takde halal haram. Sy tanya balik. Ajaran siapa? Dia kata ada dengar Ustaz cakap. Sy tanya balik. Ustaz mana meh nk berkenalan. Dia lupa hehe.. Pada Sy, kalau ada pilihan makanlah makanan dari air tangan org ISL

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

#Abby Abadi #Pork Free
;