Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

AC Mizal Dedah Pernah Alami Saat Getir...Hanya Ada RM250 Dalam Akaun!

Asraf Aided 18/12/2019 | 09:59 MYT
Pengacara popular, Datuk AC Mizal mendedahkan dia pernah mengalami saat getir sehingga baki dalam akaun simpanannya hanya tinggal RM250 sahaja.
Menurut AC, pengalaman getirnya itu dialami ketika awal perkahwinannya bersama isteri, Datin Emylia.
"Saya masih ingat pada awal perkahwinan saya dahulu, isteri sudah sarat mengandung, tunggu masa untuk melahirkan.
"Pada waktu itu, dalam akaun saya hanya ada RM250, fikir punya fikir macam mana nak tanggung kos isteri bersalin, Alhamdulillah saya diberi job oleh seorang kawan," katanya ketika ditemubual dalam program Currhat episod 2 pada Isnin.
Tambah AC, wang yang diperoleh dari pekerjaan itu hanya cukup untuk menampung kos untuk isterinya bersalin secara normal sahaja.
"Nak dijadikan cerita, tiba-tiba doktor beritahu isteri saya kena menjalani operasi caesarean, waktu itu terus fikirkan kos yang berganda!
"Selepas isteri selamat bersalin, termenung saya memikirkan wang yang tak cukup seribu lebih lagi, di sini, saya harus berterima kasih kepada seorang kawan dari Ipoh yang sudi meminjamkan wang waktu itu," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan Currhat yang ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro PRIMA (saluran 105) dan PRIMA HD (121).
Sumber : InTrend Malaysia
#AC Mizal
;