Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Acara Lelongan Barangan Mewah Rozita Che Wan Esok Ditunda

Gempak 23/12/2024 | 14:25 MYT

Acara lelongan awam barangan milik pelakon sensasi Rozita Che Wan yang sepatutnya diadakan pada esok ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Memetik laporan Kosmo, wakil peguam pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang enggan dikenali memaklumkan tindakan tersebut diambil susulan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan menangguhkan proses tersebut.

“Assalamualaikum, mahkamah sudah menangguhkan tarikh lelongan awam pada hari esok.

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah.

“Tarikh lanjut akan ditetapkan pada masa akan datang dan bergantung atas arahan mahkamah,” katanya.

Difahamkan, sepatutnya esok akan berlangsungnya acara lelongan barang milik Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 51, membabitkan 34 barangan bernilai RM902,012.46.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mahu Besarkan Aaisyah Dengan Cara Diidamkan” - Che Ta Tolak Dakwaan Anak Perempuannya Dilahirkan Dalam Dulang Emas

ARTIKEL BERKAITAN: Prince Syed Minta Netizen Berhenti Bagi Komen Negatif, Dedah Che Ta Tak Suka Main Bab Duit - “Dia Bukan Orang Yang Suka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Bayar Hutang Hampir RM1 Juta, MARA Fail Kebankrapan Terhadap Che Ta, Anak lelaki

Antara barangan Che Ta yang bakal dilelong adalah sebuah kereta SUV jenama Haval serta beberapa barangan elektronik seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar, gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, vakum dan televisyen.

Bahkan, terdapat juga perabot dan beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam.

Pada 10 Disember lalu, kediaman usahawan terbabit dilaporkan diserbu pegawai Mara bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada 2017, namun didakwa tidak pernah membayar pembiayaan berkenaan.

Sumber: Kosmo

#Che #Rumah #Lelong #Tunda #Wan #Acara #Rozita
;