Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory

Asyikin Mayudin 06/05/2024 | 23:55 MYT
Pelakon Ruhainies menafikan dakwaan dia sendiri yang membalas soalan-soalan di Instastory seperti yang didakwa netizen di laman sosial.

Ada 3 Juta Yang Melihat IGS

Mempunyai ramai penyokong dalam diam, Ruhainies turut menegaskan sebanyak dua hingga tiga juta pengguna media sosial yang melihat Instagram miliknya setiap hari.

“Satu Malaysia tahu benda ini viral, saya ada dua hingga tiga juta yang tengok IG setiap hari.. jadi tiada keperluan untuk saya berbalas dengan diri sendiri.

“Dalam tiga juta, takkan tak ada seorang pun yang positif. Mungkin korang semua nampak komen negatif di media sosial lain, tapi yang penyokong dalam diam lagi ramai.

“Semua orang mempunyai pendapat berbeza, tapi kita tak boleh nak samakan semua,” katanya kepada Gempak ketika ditemui di Rumah Terbuka Fiziwoo di Maison Fiziwoo di Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Isnin.

Terdahulu, ramai warganet mendakwa Ruhainies sendiri yang menghantar soalan-soalan menerusi membuat sesi ‘Ask Me Question’ di akaun Instagramnya.

Tidak kurang juga, ada yang beranggapan pelakon tersebut ‘syok sendiri’ dan mahukan perhatian.

Banyak Terima Tawaran Berlakon

Dalam pada itu, Ruhainies memberitahu kontroversi yang melanda dirinya itu mempunyai hikmah tersendiri di mana dia menerima banyak tawaran berlakon di negara seberang.

“Apa yang boleh saya katakan benda yang jadi ini semuanya ada hikmah. Tipulah kalau tak terkesan, ada kelebihan juga bila jadi benda ini… Allah dah susunkan, setiap ujian pasti ada hikmah.

“Saya dapat banyak tawaran baru dari negara seberang. Saya tak boleh nak cerita lanjut sebab masih dalam proses perbincangan. Cerita ini bukan setakat viral di Malaysia, tapi sampai ke luar negara juga, ke China pun.

“Saya doakan kontroversi ini tidak akan jejaskan karier seni saya… harap-harap la,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”

BERITA TRENDING: "Silence Is Golden" - Ruhainies

#Aliff Aziz #Bella Astillah #Ruhainies #Netizen #Ruhainies Aliff #IG Ruhainies
;