Berita
Ada 30 Banduan Rakyat Malaysia Di Narathiwat
Terdapat 30 rakyat Malaysia termasuk enam suspek kes dadah yang ditahan baru-baru ini ditempatkan di Penjara Narathiwat, Thailand.
Kata Jurucakap Penjara Narathiwat, ahli keluarga juga dibenarkan untuk melawat tahanan seminggu sekali dalam tempoh 15 minit, namun perlu membuat permohonan secara dalam talian terlebih dahulu.
Menurutnya, Penjara Narathiwat baru empat tahun beroperasi selepas ia dipindahkan dari tapak asal penjara tersebut yang terletak di bandar Narathiwat.
“Semua keperluan tahanan di Penjara Narathiwat ditanggung oleh kerajaan,” ujarnya.
Tiada bayaran dikenakan kepada tahanan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” ujarnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE