Laman Utama
“Ada Benda Baik Yang Team UEL Buat Tapi Ada Benda Kurang Baik Berlaku..” - Caprice Nafi Dengki Dengan Team Ebit Lew
Penyanyi rap Caprice menjelaskan dia tidak berdengki dengan mana-mana pihak yang dapat memasuki Gaza dan menyebarkan kebaikan serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, termasuklah pasukan Ebit Lew.
Menurut pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini, apa yang berlaku di Gaza yang melihatkan ustaz Ebit Lew hanyalah 10 peratus sahaja berbanding ada masalah utama yang lebih besar, yang menyebabkan dia tidak boleh masuk ke wilayah itu.
“Tolonglah fikir logik, takde siapa dekat sini yang dengki dan cemburu dengan pasukan Ebit Lew.
“Ni hanya apa yang berlaku di misi Gaza yang buat Caprice dam pasukan yang lain yang nak masuk Gaza lepas ni lagi susah.
“Tolonglah faham, takde siapa pertikai 100001 benda baik yang dia buat. Cuma 2,3 perkara berlaku yang kecoh di Gaza dan kita kena hadam,” jelasnya lagi.
Menerusi laman sosial Instagram, Caprice terus-menerus berkongsi tentang pendedahan yang akan dilakukan olehnya tidak lama lagi.
Tambah Caprice lagi, ada banyak perkara baik yang dilakukan oleh pasukan pendakwah itu dalam misi kemanusiaan mereka ke Gaza namun ada juga benda tidak wajar telah berlaku yang membuatkan dia kecewa dan sedih.
“Kamu semua yang terlalu fokus pada UEL benar-benar mendorong saya untuk menceritakan kisah sebenar tentang pasukan dia.
“Kalau kamu masih mahu mendorong nama tersebut sebab nak bakar lagi, Caprice sedia untuk tunjuk lagi sampai yang marah betul-betul faham dan sedar ada benda baik yang team UEL buat.. tapi ada benda kurang baik yang berlaku yang orang lain kena hadam seperti Caprice.
“Ni bukan kali pertama, cuma banyak NGO tak berani bersuara sebab takut dengan respon netizen yang macam ni lah.
“Masalah ini lebih besar daripada UEL tapi sebab nama ni terlalu mahal, sekali petik je semua nak back-up sebab dia seorang ustaz dan buat banyak kerja baik,” ujarnya lagi.
Sekadar info, pada 23 Jun lalu, Caprice terbang ke Mesir bagi menjayakan sebuah misi kemanusiaan di Gaza. Namun sehingga ke hari ini, dia masih belum dibenarkan untuk memasuki ke wilayah itu.
Beberapa hari yang lalu, Caprice kerap memberi bayangan mengenai satu pendedahan yang akan dibuat mengenai mengapa dia tidak dibenarkan masuk ke Gaza yang dikatakan berpunca daripada beberapa orang berpengaruh.
Caprice akan tampil membuat pendedahan tersebut di ruangan IG Live pada Rabu depan, 9 malam waktu Malaysia.