Laman Utama

Ada Bersama Susah & Senang, Ubai Syukur Shila Amzah Temani Jalani Pembedahan

Syafiqah Jalal
13/05/2023
13:31 MYT
Sponsor Banner
Ada Bersama Susah & Senang, Ubai Syukur Shila Amzah Temani Jalani Pembedahan
Personaliti media sosial, Ubai bersyukur penyanyi, Shila Amzah, 32, ada bersamanya memberi sokongan mental dan fizikal sewaktu menjalani pembedahan ketumbuhan di kepala baru-baru ini.
Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang menjalani pembedahan pada Jumaat lalu memberitahu dia terharu apabila Shila dan keluarganya mengambil berat tengang dirinya.
"Alhamdulilah keadaan saya kini baik sahaja cuma doktor nasihatkan saya berehat sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk luka sembuh dan jahitan dibuka.
"Ya, Shila ada bersama saya ketika saya menjalani pembedahan dan saya bersyukur kerana dia sentiasa menemani saya ketika susah dan senang.
"Saya juga terharu apabila keluarganya juga ada datang melawat dan mengambil berat tentang saya," katanya kepada Astro Gempak.
Ketika dihubungi Gempak, Ubai sudah pun berada di rumah dan sambung berehat sebelum luka pembedahannya sembuh.
Mengulas mengenai ketumbahan di kepalanya, Ubai memberitahu dia dinasihatkan oleh doktor untuk buang sebelum ia pecah dan membahayakan.
"Sebenarnya ketumbuhan ni dah ada tiga tahun lalu tapi baru kini buat keputusan untuk membuangnya.
"Lagipun ketumbuhan itu akan membesar, dan ia boleh merebak. Masa keluarkan tu nasib baik tak pecah dan semua berjalan lancar," ujarnya.
Ubai dan Shila mula menjalinkan huhungan istimewa sejak tahun lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar