Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Rujuk? Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Terima Kasih Di Atas…”

Umirah Halim 09/11/2024 | 05:55 MYT

Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Hafizah tampil bersuara susulan ada portal berita yang mendakwa anaknya sudah kembali berbaik dengan bekas isteri, aktres dan penyanyi, Bella Astillah.

Ibu Aliff kata itu fitnah

Menerusi hantaran di Instagram, Hafizah menafikan dakwaan bahawa Aliff dan Bella sudah kembali berbaik.

Begitupun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil memaafkan semua pihak yang membuat fitnah tersebut.

A post shared by S Hafiza Basharahil (@fizaaziz)

“Alhamdulillah, terima kasih di atas fitnah ini. Kami maafkan. Semoga anda sentiasa dalam rahmah dan baraqah Allah.

“Percaya bahawa dosa fitnah itu salah satu dosa yang sangat-sangat berat. Sangat tidak berbaloi buat anda di dunia dan akhirat nanti,” tulisnya.

​BERITA BERKAITAN: Ibu Aliff Aziz Respons Dakwaan Anak Bakal Berkahwin Dengan Ruhainies - "Subhanallah"

​BERITA BERKAITAN: Didakwa Takut Anak Digoda Ramai Wanita Ketika Berlakon, Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Jangan Pernah Gentar Pada…”

​BERITA BERKAITAN: Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

Sekadar info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun tahun lalu.

Sebelum ini, mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mojamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

;