Laman Utama

Ada Individu Tegur Adam Corrie Makan Dengan Chopstick, Haram Katanya

Amri Hassan
12/03/2022
05:55 MYT
Sponsor Banner
Ada Individu Tegur Adam Corrie Makan Dengan Chopstick, Haram Katanya
Seorang pengguna media sosial tampil menegur perbuatan pelakon Adam Corrie menggunakan chopstik untuk menjamu selera baru-baru ini.
Menerusi sesi siaran langsung di Facebook, pengguna terbabit muncul menulis komen terbabit menyatakan tentang hukum menggunakan chopstick.
"Bila nak makan baca doa tu bagus tapi yang tak elok satu perkara makan dengan kayu sepit hukum tak boleh, haram kita seabgai orang Islam.
"Tak boleh buat macam tu, maafkan saya atas teguran ini," tulis pengguna terbabit.
Bagaimanapun, hal itu menarik perhatian Adam untuk mengulas dan memberikan penjelasan.
Kata Adam, dia telah terlebih dahulu meminta pandangan daripada agamawan berhubung penggunakan alat terbabit untuk menjamu selera.
"Untuk pengetahuan tuan, saya cina muslim. Saya sudah rujuk banyak kali dengan ustaz-ustaz saya. Bolehkah saya guna chopstick kerana ia adalah budaya orang Cina.
"Ustaz kata boleh kerana ia hanya alat untuk makan sama seperti sudu, garfu dan pisau. Tiada kaitan dengan akidah, iman dan agama," jawab Adam.
Teguran individu berkenaan mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan menganggap isu terbabit tidak seharusnya dibangkitkan dalam kehidupan masyarakat majmuk harmoni ketika ini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar