Hiburan
"Ada Pengarah Suruh Saya Cari Kekasih Lelaki Melayu Supaya Dapat Berlatih ...." - Nina Kho”
Pelakon Nina Kho mengakui masih banyak perlu diperbaiki sebagai seorang pelakon terutamanya memperbaiki komunikasi dalam bahasa Melayu.
Perlu perbaiki
Ujar pelakon asal dari Sarawak ini, pengunaan dialek Hokkien dan bahasa Mandarin di rumah membuatkan dia sukar bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.
"Saya mula berlakon dalam drama Melayu sejak 2022. Saya memang ada meletakkan harapan tinggi untuk masuk ke pasaran drama Melayu.
"Saya rasa peluang itu ada tetapi perlu menambah baik lagi penggunaan bahasa Melayu kerana buat masa ini saya masih belum betul-betul fasih.
"Saya selalu berkomunikasi dalam dialek Hokkien dan bahasa Mandarin, jadi bila tidak berlakon saya tidak menggunakan bahasa Melayu. Ia agak susah bagi saya," katanya kepada Gempak.
Kekasih Melayu
Dalam pada itu, pelakon berusia 33 tahun ini mendedahkan ada seorang pengarah memintanya untuk mencari kekasih berbangsa Melayu bagi memudahkan dirinya berlatih bercakap.
“Ada seorang pengarah ini suruh saya cari teman lelaki Melayu. Supaya saya dapat berlatih cakap hari-hari. Tapi saya tak jumpa lagi (kekasih),” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nina turut membintangi drama Satu Hari Nanti yang bakal disiarkan menerusi platform penstriman digital IQiyi bermula 18 September ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Bawa Watak Mualaf, Nina Kho Rasa Diri Cantik & ‘Suci’ Bila Pakai Hijab - “Saya Sudah Mula Faham Kenapa Wanita Perlu…”
Selain Nina, drama tersebut turut dibintangi barisan pelakon termasuk Bella Astillah, Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.