Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ada Sebab Shuib Lantik Ryan Bakery Jadi Ikon Bubble Bee

Izwan Isa 28/07/2022 | 03:50 MYT

Pelawak Shuib Sepahtu menjelaskan, pelantikan Ryan Bakery sebagai ikon jenama pencuci mulut miliknya, Bubble Bee bukanlah atas ‘pilihannya’ sendiri.

Menurut Shuib, pelantikan tersebut terjadi apabila anak-anaknya mula memperkenalkan kandungan-kandungan popular figura yang sangat dikenali di pelantar TikTok itu kepadanya baru-baru ini.
“Segalanya bermula apabila anak-anak saya mula menunjukkan content Ryan Bakery kepada saya. Mereka kata Ryan Bakery ni kelakar. Terutamanya Uwais. Dia kata: ‘Takkan you tak kenal dia. You cakap you kenal Syamsul lah, Sharnaaz lah… takkan dia you tak kenal.’
“Saya kata saya boleh dapatkan dia, tapi nak buat apa? Rupanya anak saya nak video call. Jadi, saya DM Ryan Bakery dan tunaikan hajat anak-anak untuk video call dengannya. Dari perbualan video call itu, saya dapat rasa vibe yang baik daripadanya,” katanya kepada Gempak.
Shuib menambah, ketika melihat perbualan berkenaan, dia dapat rasakan yang Ryan Bakery boleh mewakili jenama Bubble Bee untuk golongan yang lebih tertumpu ke platform TikTok.
“Terdahulu, golongan yang banyak mempromosikan Bubble Bee adalah rakan-rakan selebriti saya. Jadi, apabila melihat Ryan Bakery ni, saya rasa dia boleh tarik crowd yang berbeza di TikTok.
“Sebelum saya lantik dia menjadi ikon, kami buat percubaan menerusi satu video dulu. Dari situ saya lihat kesungguhan yang dia tunjukkan untuk menghasilkan kandungan yang terbaik.
“Saya suka tengok kandungan yang dia buat… sebab kandungan-kandungan itu memang mirip komedi zaman saya. Dalam masa sama, saya juga hargai kesungguhannya dalam bidang ini. Daripada orang biasa dan alhamdulillah dia kini dikenali,” katanya lagi.

#Shuib SepahTu #Ryan Bakery
;