Laman Utama
“Ada Sel Kanser Dalam Tulang Sum Sum” – Selesai Pembedahan, Ramai Doakan Anak Jufferi Jamari Cepat Sembuh
Atlet silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari menzahirkan rasa syukur selepas anak kesayangannya Furqan Al Haq selamat menjalani pembedahan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Jufferi memberitahu doktor mengesahkan terdapat sel kanser dalam tulang sum sum anaknya.
“The real figther is here! Alhamdulillah syukur pagi semalam selesai sahaja ambik sampel tulang sumsum doktor mintak anak saya puasa dulu. Hampir 13 jam dia puasa.
“Kemudian lepas dapat tahu semalam anak saya didapati ade sel kanser dalam tulang sum sum… Doktor kelam kabut sikit untuk menguruskan pembedahan CVL untuk Al Haq.
“Akhirnya berjaya dapat waktu pembedahan yang di desak oleh saya kerana Al Haq dah hampir 9 jam puasa.
“Bila dapat je waktu dia pembedahan semua misi kat sini bergegas menyediakan yang terbaik untuk anak saya. Selesai saya hantar Al Haq di bilik bedah. Dua jam saya menunggu.
“Akhirmya siap dengan jayanya. Sepatutnya budak selepas pembedahan akan tidur 4 jam tapi Al Haq satu jam je Subhanallah...
“Selepas bangun muntah kemudian ajak main. Saya nak ucapkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T yang telah melindungi dan berikan semangat pada Al Haq,”coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan anak lelakinya.
Jufferi juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengikuti perkembangan dan tidak putus-putus mendoakan Al Haq.
“Tidak lupa juga doa kalian yang tidak henti-henti untuk anak saya. Saya dapat rasakan yang Allah telah makbulkan doa kalian semua. Terima kasih ya,” tulisnya.