Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Ada Yang Kesian Bila Aidil Zafuan Sebut Nama Anak Dalam Live, Rita Rudaini Bidas Netizen! - “Kau Tak Payah Terpaling Tahu!”

Mya Amri 05/03/2024 | 05:28 MYT

Pelakon, Rita Rudaini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang meminta dia mempertemukan dua anak lelakinya dengan bapa mereka iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan.

Perkara itu timbul selepas ada netizen yang berasa kasihan melihat Aidil menyebut nama kedua anak mereka iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok baru-baru ini.

Membidas kenyataan netizen itu, Rita bagaimanapun dengan tegas menyatakan tindakan bekas suami yang menyebut nama anak-anak mereka dalam video siaran langsung hanyalah sekadar untuk meraih simpati orang ramai.

“Hello dik… Awak tak payah buat tahu sangat. Kena kencing! Hancing lah... Setakat sebut nama, saya pun boleh sebut nama anak Ronaldo ke anak Beckham. Nak belakon apa depan org? Awak pun bukan buta kot?

“Aku yang bela sorang sorang dari kecil. Sakit, demam, suka duka, sekolah, raya, makan, minum, tanggung sorang sorang.

“Kalau rasa anak, awat tak jaga, ambil tahu dari kecil masa aku dok jaga basuh berak? Depa sakit satu Malaysia tahu. Awat tak tanya khabar? Hang cakap senang oi.

“Ya, tiada tindakan! Taik je semua berlakon dalam live!” bidasnya di ruangan komen Instagram.

Dalam pada itu, Rita juga menasihatkan agar individu berkenaan tidak menyibuk atau menjadi orang yang paling tahu tentang kisah rumah tangganya.

“Siapa pun tak layak nak ambil nama anak-anak aku bila dah besar, berjaya dan pandai. Aku yang bagi cerdik pandai!

“Bila dah cerdik besar, sedap pula nak mengaku berabang abang bagai, geli oi! Aku yang lahirkan anak-anak aku, aku yang besarkan dengan susah payah, air mata suka duka.

“Masa tu kenapa tak datang? Kenapa tak cari? Aku lebih tahulah dia cari ke tak! Kau tak payah terpaling tahu! Tolong jaga sensitiviti org!

“Apa yang jadi dekat kami ni kena dekat awak baru tahu kot rasa dia! Tak sensitif langsung!,” komennya.

Terdahulu, Rita dan Aidil mendirikan rumah pada 2008 namun perkahwinan itu berakhir dengan perpisahan pada 2013.

Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.

#Netizen #Rita Rudaini #Aidil Zafuan
;