Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Ada Yang Suruh Cari Hati Unta Kering” – Anak Disahkan Hidap Asma Kronik, Isteri Lan Solo Mohon Petua

Mya Amri 03/12/2018 | 07:26 MYT
Isteri penyanyi Lan Solo, Nur Sheila Hassim, meluahkan rasa bimbang selepas anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, disahkan menghidap penyakit Asma Kronik.
Sheila memberitahu berita itu menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya hari ini.
Kata Sheila, dia mahu mencari solusi berhubung penyakit anaknya supaya tidak bergantung dengan ubat-ubatan untuk tempoh yang berpanjangan.
“Doktor sahkan Akid ada cronic asthma. So sehari kena neb dua kali minimum. Mommy-mommy kat luar sana ada tak petua-petua lain?
“Ada yang DM saya suruh cari hati unta kering. Tumbuk dan campurkan dekat setiap makanan Akid.
“Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon. Kalau boleh saya nak cari solution supaya Akid kurang bergantung dengan neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan. Any ideas mommy?” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya mula membantu dengan memberikan tips berguna selain berkongsi pengalaman yang sama dengan Sheila.
“Cubalah guna hati unta, sebab anak kakak saya pun dah cuba. Alhamdulillah, anak dah tak bergantung pada neb,” komen @nurul_koji
“Betul tu hati unta paling mujarab, sebab anak saya juga Asma Kronik. Saya buat salai bagi anak saya makan hati saja campur nasi putih. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT anak saya pulih,” tulis @eishanie79
Selain Akid, pasangan ini mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada 24 Februari lalu.
Foto: Instagram @sheilarazlan
#Penyanyi #Penyanyi #Lan Solo #Asma Kronik
;