Laman Utama

Ada Yang Tak Percaya Anak Buat Sendiri Lukisan, Kim Kardashian Berang! - "Tolong Berhenti Malukan Diri Sendiri!"

Asraf Aided
11/02/2021
03:45 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Tak Percaya Anak Buat Sendiri Lukisan, Kim Kardashian Berang! - "Tolong Berhenti Malukan Diri Sendiri!"
Personaliti dan sosialit popular Hollywood, Kim Kardashian bengang dengan tindakan segelintir pihak yang meragui hasil kerja seni anaknya, North West baru-baru ini.
Menerusi Instagram Story, Kim mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bertegas dalam isu yang membabitkan anaknya.
Pada mulanya, Kim berkongsi foto lukisan hasil kerja North dan bangga dengan bakat anaknya itu.
Namun, ramai peminat membuat spekulasi lukisan itu bukan dihasilkan oleh anaknya yang berusia tujuh tahun tersebut.
Perkara itu membuatkan Kim tidak berdiamkan diri dan tampil mempertahankan North.
"Anak saya dan kawan baiknya telah mengikuti kelas lukisan minyak secara serius. Mereka dididik untuk menjadi kreatif.
"North telah bekerja keras untuk menghasilkan lukisan itu selama beberapa minggu.
"Sebagai seorang ibu, saya bangga dan mahu berkongsi hasil kerjanya itu bersama orang lain," tulis Kim.
Dalam pada itu, Kim juga kecewa kerana mereka yang beranggapan negatif sebegitu menjatuhkan semangat kanak-kanak.
"Betapa beraninya anda, setelah melihat kanak-kanak yang melakukan perkara menakjubkan, kemudian anda tuduh bukan mereka yang lakukan?
"Tolonglah berhenti memalukan diri sendiri dengan perkara negatif dan biarkan kanak-kanak menjadi hebat!" tambahnya.
Terdahulu, Kim mendirikan rumah tangga bersama Kanye West pada 24 Mei 2014 di Itali.
Namun kini, selepas enam tahun berkahwin dan dikurniakan empat cahaya mata, pasangan ini sedang dalam proses untuk bercerai.
Kredit Foto : E News (North), Instagram (Kim)
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar