Laman Utama

“Ada Yang Tanya Khidmat Van Jenazah Kami Ada Untuk Non-Muslim Ke..?” – Atu

Fiza Kamarudin
06/11/2021
10:04 MYT
Sponsor Banner
“Ada Yang Tanya Khidmat Van Jenazah Kami Ada Untuk Non-Muslim Ke..?” – Atu
Pelawak dan pengacara, Atu mendedahkan ada beberapa pihak yang bertanya mengenai perkhimatan van jenazah kepada orang bukan Islam.
Menjawab persoalan tersebut, Atu berkata perkhidmatan van jenazah yang diusahakan Kura-Kura Brotherhood dibuka kepada semua tanpa mengira agama dan bangsa.
Perkara tersebut turut dikongsi menerui laman sosial Instagram (IG), isterinya Shafeeqa Johari.
“Islam mengajar kita untuk saling bantu membantu. Tak kira agama atau bangsa. Bukan orang yang beragama Islam sahaja ynag susah di muka bumi Malaysia ini.
“Ada juga bukan Islam yang susah dan tak mampu nak sewa van untuk bawa ke tempat pengebumian,” katanya.
Tambah Shafeeqa lagi, Kura-Kura Brotherhood baru-baru ini ada membantu keluarga bukan muslim yang tidak mampu menyewa kenderaan untuk membawa si mati.
“Saya bangga dengan Kura-Kura Brotherhood. Mereka tak mandikan pun, mereka tolong hantar sahaja ke tempat pengebumian.
“Semangat mereka untuk membantu sesama insan itu yg patut kita contohi…Insya-Allah, semoga Allah permudahkan niat kita,” katanya.
Menurut Shafeeqa semua urusan disempurnakan Imam Nazri dan Kura-Kura Brotherhood di Kudat.
“Ini kali pertama Kura-Kura Brotherhood membantu saudara bukan Islam. Semoga dapat membantu memudahkan urusan waris dan keluarga.
“Tim Kura-Kura Brotherhood mendapat panggilan daripada waris yang bertanya boleh atau tidak menghantar jenazah bukan muslim,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar