Laman Utama

Ada Yang Ugut Nak Bunuh, Santau Hattan Sekeluarga

Amri Hassan
01/05/2023
08:50 MYT
Sponsor Banner
Ada Yang Ugut Nak Bunuh, Santau Hattan Sekeluarga
Isteri kepada penyanyi Datuk Hattan, Datin Arianie Abidin mendedahkan suaminya menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan bunuh serta santau dari warganet.
Kongsi Arianie menerusi Instagram Stories, suaminya itu turut dihina sehingga ada yang menyamakan Hattan dengan Firaun.
"Walaupun ramai yang meminta saya untuk memberi penjelasan, tetapi bagi saya tidak perlu. Tak apalah, biar saya simpan sendiri cerita sebenar. Hanya saya dan keluarga yang mengenali dia.
"Menitik juga air mata saya membaca komen-komen, tetapi sebagai seorang isteri, saya perlu kuat dan sentiasa berada di belakang suami. Apa pun, baik buruk, dia tetap suami saya. Tiada manusia yang sempurna.
"Setiap manusia melakukan kesilapan. Janganlah kita meninggalkan komen sehingga menimpulkan fitnah. Takut yang dianggap salah dapat pahala. Kita pula dapat doa," ujarnya.
Arianie turut mendedahkan Hattan tidak membaca semua mesej dan komen netizen itu kerana dia yang mengendalikan akaun Instagram suaminya itu.
"Saya yang jaga IG suami. Saya yang muat naik video dan sekarang saya yang 'private'kan Instagram Hattan. Ini kerana saya tak mahu anda semua tambah dosa.
"Suami saya memang tak baca pun. Kalau nak komen, itu pilihan anda dan komenlah di ruang yang sedia ada, okay," katanya.
Menurut Arianie, walaupun menitis air mata apabila membawa komen dan mesej berkenaan, tetapi sebagai isteri dia perlu kuat dan selalu berada di belakang suami.
"Tak kira apa pun. Baik buruk dia, dia adalah suami saya.
"Semoga kita semua ambil iktibar. Tiada siapa pun yang sempurna. Setiap manusia ada buat kesalahan. Janganlah kita berkata komen hingga menimbulkan fitnah. Takut yang dianggap salah yang dapat pahala. Kita pula dapat dosa," katanya.
Terdahulu, ramai yang berang apabila Hattan didakwa menempelak pembaca berita Astro Awani, Nursyazwani Saiful Sham yang dikatakan tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan mengenai pemergian Mael XPDC, baru-baru ini.
Memulakan temu bual dengan menyatakan lirik lagu XPDC ‘makan dalam’, Hattan membetulkan kenyataan petugas media itu bahawa lagu-lagu XPDC bukan tulis Mael sebaliknya seorang komposer yang juga telah meninggal dunia.
Dilihat tidak memberi ruang untuk wanita tersebut bersuara, Hattan bertanyakan pula siapa pencipta lagu XPDC yang kemudian gagal dijawab dengan betul.
Begitupun, personaliti televisyen terbabit tampak profesional berdepan situasi tidak dijangkakan itu apabila tetap mengucapkan terima kasih atas perkongsian diberikan.
Namun, sekali lagi figura popular asal Negeri Sembilan itu membuat kejutan apabila terus meletakkan telefon belum pun sempat temu bual berkenaan tamat.
Temu bual secara langsung itu terus tular dalam pelbagai platform media sosial, sekali gus mencetuskan suasana kecam-mengecam dalam kalangan umum.
Rata-rata menegaskan sikap sedemikian tidak setara dengan gelaran serta usianya selaku individu dihormati yang sepatutnya menunjukkan teladan kepada generasi muda.
Malah tidak kurang dalam kalangan netizen menggesa penyanyi berumur 58 tahun itu mengakui kesilapan selain meminta maaf secara terbuka kepada personaliti televisyen terbabit.
Gesaan permohonan maaf turut datang daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ).
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar