Sukan
"Adakah Ini Balasan Kerana Saya Langgar Janji Kepada Keluarga?"- Azizulhasni Awang
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang masih terkesan dengan pengalaman pahit apabila penyertaan beliau dibatalkan ketika pusingan pertama acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurut Azizulhasni, beliau rasa bersalah apabila menghampakan harapan menggunung semua pihak selain memohon maaf atas kegagalan membawa pulang pingat emas.
"Sepanjang proses persiapan dan perjalanan ke Paris, saya sentiasa memainkan gambaran yang positif, gambaran yang penamat di Paris akan menjadi sebuah cerita manis buat Malaysia dan khususnya buat karier saya.
"Namun saya juga terkelu seribu bahasa dengan pengakhiran seperti ini. Saya tidak dapat mencari perkataan untuk menggambarkan perasaan yang saya alami pada detik itu.
"Tidak pernah saya terfikir yang perkara seperti ini akan berlaku. Saya hadir ke Paris dengan penuh harapan dan membawa misi penting negara tercinta.
"Mungkin ada yang kata harapan terlalu tinggi terlalu besar membuat saya hilang kawalan. Tidak sama sekali, semuanya berada di dos yang sepatutnya," katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Rabu.
Dalam aksi di Olimpik itu, penyertaan Azizulhasni atau dikenali The Pocket Rocketman itu dibatalkan selepas dikesan memotong pacer sebelum pacer itu keluar dari trek.
Dalam pada itu, beliau juga tertanya-tanya insiden yang berlaku itu kemungkinan kerana melanggar janji ibu, isteri dan anak-anaknya.
"Saya teringat janji-janji kepada ibu, isteri dan anak-anak yang ini merupakan penampilan Sukan Olimpik terakhir ketika mana mereka semua meminta untuk saya bersara selepas pulih dari pembedahan jantung dahulu.
"Saya terfikir adakah ini semua berlaku kerana melanggari permintaan mereka dahulu. Dari awal karier sehingga sekarang mereka ini lah sumber kekuatan untuk saya meneruskan perjuangan sehingga mampu menjadi antara terbaik di puncak dunia," katanya.
Beliau juga bersyukur kerana terlalu ramai pihak yang sentiasa bersama menyokongnya secara langsung dan tidak langsung.
BERITA TRENDING:
BERITA TRENDING:
BERITA TRENDING:
BERITA TRENDING:
"Sekali lagi saya memohon maaf kepada semua dan teruskanlah memberikan sokongan penuh kepada atlet-atlet negara kita dimasa hadapan," katanya.
Sumber: Sinar Harian