Hiburan

"Adakah Menyumbang Bekalan Bila Dah Mati Nanti?" - Faizal Tahir Kritik #LathiChallenge

Hanafis Haris
05/06/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
"Adakah Menyumbang Bekalan Bila Dah Mati Nanti?" - Faizal Tahir Kritik #LathiChallenge
Penyanyi popular, Faizal Tahir mengkritik #LathiChallenge yang kini menjadi sensasi dalam kalangan pengguna media sosial nusantara.
Luahan berkenaan dibuat menerusi satu posting di Twitter dan Faizal merujuk kepada video seorang pengusaha kosmetik popular yang turut menyertai trend #LathiChallenge.
Menurut Faizal, seseorang yang beragama Islam haruslah memikir dahulu sama ada apa yang dilakukan itu akan dibenarkan Nabi Muhammad atau tidak.
"Sedih tengok. Pernah tak terfikir, buat callenge berjoget bagai dan post di media sosial, apa untungnya? apa masyarakat dapat?
"Habiskan masa and tenaga buat benda yang tak berguna dan tak menyumbang kepada amalan kita untuk bekalan bila dah mati nanti. Fikir-fikirkanlah," kataya.
Menurutnya, janganlah terlalu mengikut apa yang orang lain buat semata-mata ia adalah trend.
"Allah bagi akal, jangan sia-siakan. Pesanan untuk diri saya," katanya.
Posting berkenaan kemudian viral dan sehingga artikel ini ditulis ia telah dikongsi sebanyak 5,500 kali.
Rata-ratanya bersetuju dengan pendapat dilontarkan Faizal.
Difahamkan, video yang menampilkan pengusaha kosmetik itu dimuat naik di Twitter rasminya semalam.
Sehingga kini video berkenaan telah ditonton sebanyak 111,000 kali.
Untuk rekod, #LathiChallenge memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah yang cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.
Lagu tema menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional itu berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.
BACA: “Lirik Jawa & Muzik Tu Seram!” - Trend #LathiChallenge Tular, Lagu Digunakan Bukan Seru Roh Jahat Tetapi….
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar