Laman Utama
Adele Menangis, Dedah Perlu Lalui Terapi 5 Kali Sehari Lepas Cerai
Pesohor seni Adele tidak dapat membendung kesedihan, sekaligus dilihat menangis sewaktu berkongsi pengalaman perit yang dilalui selepas bercerai dengan Simon pada tahun 2019 lalu.
Sambil menitiskan air mata, penyanyi yang akhirnya muncul dalam persembahan buat pertama kali di The Colosseum at Caesars Palace, Las Vegas selepas tertunda sebelum ini juga mengaku bertemu dengan terapi lima kali sehari selepas bercerai.
Lantaran itu, penyanyi berusia 34 tahun tersebut menitip pesan buat peminatnya agar menghargai nilai persahabatan. Menurut Adele, persahabatan yang ikhlas tidak boleh dibeli, apa lagi ditimbang tara dengan hal lainnya di dunia.
“Hubungan akan berantakan sama ada anda berkahwin atau tidak, ia sangat sukar dan traumatik.
“Jagalah persahabatan terutama dalam kalangan teman rapat kerana mereka lebih baik dari pasangan lelaki atau perempuan anda. Persahabatan atau sahabat akan bersama sepanjang hidup anda,” luah Adele seperti dilaporkan DailyMail.uk.
Pada masa sama, penulis lirik yang berkahwin dengan usahawan dan memiliki seorang anak itu mengatakan dia akan terus bertemu terapi selepas ini kerana tidak mahu hidupnya berasa tidak keruan.
“Saya akan meneruskan sesi bertemu terapi semula seperti sebelum ini saya melakukannya sebanyak lima kali sehari.
“Saya perlu bermula semula kerana telah lama berhenti dan memendam perasaan.
“Saya juga mahu memastikan tahap kesihatan saya berada pada kedudukan yang sangat baik supaya saya boleh bertemu dan menghiburkan anda semua lagi setiap minggu,” katanya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!