Laman Utama

Adibah Noor Disahkan Hidap Masalah Saraf Di Wajah

Asraf Aided
23/12/2020
11:27 MYT
Sponsor Banner
Adibah Noor Disahkan Hidap Masalah Saraf Di Wajah
Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor disahkan menghidap masalah saraf iaitu Bell's Palsy yang melibatkan bahagian wajah sebelah kirinya.
Memetik laporan Harian Metro, Adibah yang mengalami masalah tersebut perlu menjalani 12 sesi rawatan setakat ini.
"Perkara ini sudah berlaku sejak tiga minggu lalu. Ketika itu saya sedar ketika berkumur sewaktu gosok gigi, tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan seperti bocor.
"Jadi saya pun pergi shooting dan dapati bibir tak dapat untuk mengucapkan kata-kata seperti biasa, macam sedikit senget.
"Sebutan huruf T pun menjadi macam terlalu rapat, huruf S pun bunyinya lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih shooting, jadi saya tak dapat ke hospital lagi ketika itu. Saya pergi ke hospital pada keesokan hari berjumpa doktor dan dia terus memanggil doktor pakar," katanya.
Tambah Adibah, selepas disahkan menghidap Bell's Palsy oleh doktor, dia kerap menjalani rawatan fisioterapi untuk cepat sembuh.
"Selepas buat pemeriksaan, doktor mengesahkan saya mengalami Bell's Palsy, ia merupakan satu keadaan yang menyerang saraf pada bahagian muka sebelah kiri.
"Jadi, sejak tiga minggu lalu, setiap hari saya buat fisioterapi untuk cepat sembuh kerana mahu bekerja dengan normal," katanya lagi.
Dalam pada itu, Adibah kini menyedari banyak perubahan positif selepas menjalani 10 sesi rawatan dan berharap akan segera pulih sepenuhnya.
"Selepas tiga minggu adalah perubahan ketara, sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung, sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini (semalam) saya dapati bibir tak senormal sebelum ini ketika bercakap, walaupun ada banyak perubahan.
"Apa yang boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih, perkara ini tidak perlu masuk wad, cuma datang hospital setiap hari buat fisioterapi di wajah.
"Ada dua sesi lagi sebab saya ambil 12 sesi secara keseluruhan, kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan, Insya-Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi sudah okay," tambahnya.
Dua hari lalu, Adibah turut berkongsi foto dirinya yang sedang menjalani rawatan Bell's Palsy di akaun Instagram miliknya.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada ramai pengikut yang mendoakan kesembuhan segera buat Adibah.
Sumber : Harian Metro // Sudirman Mohd Tahir
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar