Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Adik Bella Tidak Pernah Tertumpah Air Panas, Termos Tiada Kesan Pecah

Gempak 19/10/2022 | 04:25 MYT

Seorang pegawai penyiasat hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kejadian termos berisi air panas yang didakwa tertumpah sehingga menyebabkan kecederaan pada tubuh remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella tidak pernah berlaku.

Inspektor Suhaili Mahad, 31, dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berkata ini kerana termos itu, yang dijadikan sebagai barang kes, berada dalam keadaan baik dan tiada kesan pecah.
"Hasil siasatan pihak polis mendapati termos itu tidak jatuh sebab tidak ada kesan kemek," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas pada perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu.
Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-19 itu berkata tiga penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Yasmin, Balqis dan Aida serta Siti Bainun sendiri seolah-olah membacakan 'skrip' sama berhubung kejadian termos berisi air panas yang didakwa jatuh dan tertumpah ke atas Bella.
"Persamaannya ialah mereka menceritakan perkara sama iaitu Bella dikejar dari belakang oleh Balqis kerana berebut 'jajan' (makanan ringan) dan kemudian Bella tertarik termos lalu air panas tertumpah pada badannya.
SUMBER: BERNAMA

#Viral #Mahkamah #Dera #Berita #Bella
;