Laman Utama
Adik Beri Perkembangan Kesihatan Sushmita Sen Selepas Diserang Sakit Jantung
Aktres Bollywood, Sushmita Sen diketahui telah terkena serangan sakit jantung pada bulan lalu.
Sejak itu Sushmita belum pernah memberi perkembangan terkini tentang tahap kesihatannya.
Namun dalam satu temubual terkini, adiknya, Rajeev Sen telah berkongsi mengenai perkembangan terkini dan tahap kesihatan adiknya.
Rajeev memberitahu bintang terkenal itu berada dalam keadaan yang sihat. Dia juga menjelaskan keadaan fizikal dan mental sangat baik.
Dalam temubual sama, Rajeev sempat memuji Sushmita kerana berjaya mengimbangi antara kerja, kesihatan dan kesibukannya sebagai seorang ibu yang membesarkan dua anaknya, Renee Sen dan Alisah Sen.
“Tahap kesihatannya sangat baik. Apa yang terjadi (serangan jantung) adalah sesuatu yang kurang baik dan tidak dapat dielakkan.
“Tapi sekarang tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik. Mental dan fizikalnya sangat sihat.
“Saya juga melihat bagaimana dia mampu mengendalikan semua dengan baik. Keluar bekerja untuk berbulan-bulan, uruskan keluarga dan anak. Ia tidak mudah, tetapi dia mampu lakukan,” kata Rajeev seperti dilaporkan Hindustan Times.
Pada 2 Mac lalu, Sushmita memaklumkan telah diserang sakit jantung dan menerima rawatan di hospital. Pelakon yang kini sibuk dengan penggambaran siri web Aarya untuk musim ketiga juga memberitahu salah satu arterinya telah tersumbat sehingga 95 peratus.