Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Adik Dikecam Jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, Ini Respon Bell Ngasri! - "Saya Harap Anne ..."

Mya Amri 29/09/2023 | 00:45 MYT
Pelakon, Bell Ngasri berharap adiknya, Datin Anne Ngasri supaya terus kuat dalam menempuhi ujian sebagai anak seni.
Menurut Bell, dia sedia maklum bahawa Anne menerima pelbagai kecaman di media sosial susulan perlantikannya sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA, baru-baru ini.
"Saya berharap Anne anggap perkara ini adalah cabaran untuk dirinya menjadi orang lebih baik dan mampu untuk terus berjaya di masa akan datang.
"Kalau orang hanya suka dan tidak mengkritik tak guna juga. Hidup kita pula akan jadi membosankan.
"Dengan ujian seperti ini mungkin dia akan ada keinginan untuk membuktikan dirinya layak bergelar Timbalan Pengerusi GiatMARA," katanya.
Bell berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan ekslusif filem terbaharu lakonannya berjudul Geng Sakau VS Hantu Ting Tong bertempat di Dadi Cinema, Pavillion Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya mengenai perasaannya apabila melihat Anne menjadi bahan netizen, Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.
"Bidang lakonan pun begitu juga, kalau hari ini saya berlakon tak semestinya terus jadi 'hero'. Kebiasaannya mesti akan bermula dengan menjadi pelakon tambahan selepas itu baru boleh naik.
"Saya dalam bidang ini sudah lebih 30 tahun dan pelbagai kecaman diterima. Jadi, sepatutnya Anne yang masih baharu dalam bidang itu jangan mudah jatuh atau kecewa," jelasnya.
Bagaimanapun Bell menegaskan, dia tidak pernah memarahi netizen dan berharap adiknya dapat melakukan perkara sama dan menganggap ia adalah cabaran untuk bergelar individu lebih hebat pada masa akan datang
"Saya berterima kasih kepada netizen kerana mungkin apa yang mereka cakap itu boleh berikan cabaran kepada Anne untuk menjadi lebih baik.
"Jawatan dia sekarang Timbalan Pengerusi GiatMARA sahaja, mungkin suatu masa boleh jadi Timbalan Menteri atau Menteri," ujarnya.
Sementara itu, mengulas pelantikan Anne, Bell meluahkan rasa syukur kerana adiknya berjaya melakar satu pencapaian baharu.
"Alhamdulillah itu adalah rezeki Anne untuk dapat apa yang dia mahukan. Memang dia pelakon, tapi tak semestinya perlu terhad atau fokus kepada bidang itu sahaja.
"Ada orang yang berlakon, tapi minat bidang pengarahan atau perniagaan. Anne ada matlamat lain selain berlakon dan ada rezeki dia untuk berjaya dalam bidang diceburi," katanya.
Terdahulu, pelantikan Anne sebgai Timbalan Pengerusi GiatMARA itu ternyata menjadi topik perbahasan netizen di media sosial.
Ini kerana terdapat segelintir individu yang mempertikaikan kredibiliti aktres itu untuk memegang jawatan berkenaan dan mengemudi GiatMARA pada sesi kali ini.
#Bell Ngasri #Anne Ngasri #Pengerusi #Datin Anne Ngasri #GiatMARA
;