Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Adik Sayang Mama Sangat-Sangat" - Kata-Kata Terakhir Juruterbang Pesawat Terhempas

Gempak 17/08/2023 | 16:42 MYT
"Adik sayang mama sangat-sangat," itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.
Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang Khamis.
BACA: Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar
BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?
BACA: Video Dashcam Kereta, CCTV Rumah Jadi ‘Saksi’ Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina
Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.
Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
"Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
"Sebelum meletakkan telefon, dia berkata 'adik sayang mama sangat'," katanya.
Menurutnya, Shahrul Kamal amat rapat dengannya dan seorang yang sangat manja.
"Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, 'mama..mama, buka pintu'.
"Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya," katanya menahan sebak.
Berkongsi mengenai kerjaya anaknya, Mahanom berkata, sebelum menerbangkan jet persendirian, beliau juga pernah bekerja dengan syarikat penerbangan MAS dan Etihad.
Katanya, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah dengan keluarga besannya.
"Saya akan bincang dengan keluarga besan, sama ada pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam," katanya.
Katanya, Shahrul Kamal meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia antara tiga hingga 12 tahun.
Sumber: Harian Metro, Malaysia Gazette
Foto: Malaysia Gazette
#Juruterbang #Terhempas #Pesawat Ringan #Nahas #Elmina #Beechcraft #Mahanom Ismail
;