Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

Khairil Khusyairi 19/11/2024 | 21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.

Tak Perlu Sekufu

Menurut Adira, dia berkata seseorang lelaki itu perlu memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya terlebih dahulu.

Malah, ibu kepada empat cahaya mata itu tidak kisah soal sekufu sebaliknya seseorang itu mampu menjalankan tanggungjawab dalam keluarga.
“Nombor satu adalah yang boleh menerima anak-anak. Kalau nak bercinta dengan emak dia, kau kena bercinta dengan anak dia sekali.

“Pada saya, tak semestinya dua-dua itu kaya, bagi saya okay saja seorang bekerja dan seorang tidak boleh bantu dari segi duit tapi sumbangkan tenaga seperti kerja suri rumah.

“Dia juga kena ada kira-kira. Yang bertanggungjawablah. Kita buat kerja rumah sama-sama. Saya tak kisah pun,” kongsinya kepada Gempak.

Suami Yang Rajin Dan Bekerjaya

Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu itu turut berharap bertemu suami yang rajin dan bekerjaya sekiranya berjodoh sekali lagi.

“Rajin lah, sebab kita boleh cari duit sendiri.

“Kalau boleh ada rezeki nak kahwin lagi kita nak yang saling melengkapi. Masing-masing ada kerja sendiri.

“Wang ringgit bukan nombor satu tetapi dua-dua ada kerjaya,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Adira Suhaimi sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red pada April lalu.

Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dengan empat orang cahaya mata iaitu, Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob, 1.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Kurang Senang Adira Pilih Berguru Dengan Andika - “Please Tukar Coach, Alahai Kenapalah Dengan Mamat Whiteboard Ni Juga”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Jawab Dakwaan Bersekedudukan Dengan Datuk Red Gara-Gara Sering Live Bersama – “Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal”

ARTIKEL BERKAITAN: Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

#Penyanyi #Suami #Adira Suhaimi #Kaya #Calon #harapan #Sekufu #Ciri-Ciri
;