Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Adoi, Kes Makin Naik Pun Nak Berkumpul Ramai-Ramai…” -  Warganet Risau Wujud Kluster #Lawan

Fiza Kamarudin 01/08/2021 | 02:46 MYT
Sejak semalam tular beberapa keping foto dan potongan video suasana di sekitar perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Tinjauan Gempak di beberapa platform media sosial mendapati, ramai warganet mula meluahkan kerisauan apabila melihat ramai orang berkumpul.
Rata-rata mereka bimbang sekiranya perhimpunan tersebut bakal mencetuskan kluster baharu dan menambah lagi bilangan kes positif harian.
Sehinggakan ada yang mencadangkan kepada pihak berkuasa agar mengenakan tindakan saman terhadap penganjur dan kesemua peserta yang terlibat.
Sementara itu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menganggarkan kira-kira 400 peserta memakai baju T berwarna hitam menyertai perhimpunan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.
Protes anjuran Sektetariat Solidariti Rakyat (SSR) itu bermula sekitar pukul 10 pagi apabila peserta mulai memenuhi kawasan hadapan Sistem Transit Aliran Ringar (LRT) Masjid Jamek di sini sebelum mereka berarak menuju ke Dataran Merdeka pada pukul 11.30 pagi.
Ada sebahagiannya membawa patung berkafan dalam perhimpunan berkenaan.

A post shared by Farhan - DK Photo (@documentingkuala)

Ada juga dalam kalangan mereka tanpa segan menunjukkan tanda lucah ketika aksi mereka dirakam lensa wakil media yang membuat liputan.

Bagaimanapun cubaan mereka memasuki Dataran Merdeka tidak berhasil apabila rundingan yang dibuat oleh wakil penganjur dengan pihak PDRM tidak membenarkan mana-mana individu berada di dalam kawasan tersebut.
Dalam laporan lain, polis akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya juga akan mengenal pasti penganjur perhimpunan itu.
"Kita akan mengambil tindakan susulan dan mengenal pasti penganjur perhimpunan itu, kita ada kaedah untuk mengenal pasti mereka.
"Kita tidak menolak kemungkinan mereka mungkin penganjur yang sama dalam konvoi 'Bendera Hitam' pada Sabtu lalu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.
"Kita dapati semua memakai pelitup muka, namun dari segi penjarakan fizikal mereka mungkin terlupa kerana apabila berjalan mereka rapat antara satu sama lain," katanya.
Tegas beliau, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, tiada sesiapa dibenarkan berhimpun atau terlibat dalam apa juga perhimpunan.
"Walaupun ia perhimpunan aman bagi maksud sosial, keagamaan dan sukan tidak dibenarkan sama sekali seperti yang terkandung di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Pelan Pemulihan Negara 2021," katanya.
Sumber/Foto: Instagram

#COVID-19 #Lawan #Kluster Baharu #Dataran Merdeka #Perhimpunan Keluar dan Lawan
;