Aduhhhh! Ingatkan Hari Ni Episod Terakhir Perempuan Tanpa Dosa…
Peminat drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa (PTD) meluahkan rasa ‘tidak puas hati’ kerana menyangkakan kisah Usu Sakinah dan Lily benar-benar akan berakhir pada malam ini.
Lebih-lebih lagi apabila tonggak utama drama tersebut, Kamal Adli turut memuat naik hantaran di Instagram 'konon'nya berasa sedih kerana PTD akan tamat pada episod 32.
"Rizal dan Lily dah nak kena say goodbye ke malam ni? Hmm sad nyaaa..Akan happy tak malam ni? Lily ku?," tulisnya sambil meninggalkan tanda pagar #perempuantanpadosa.
Tidak membiarkan soalan diajukan Kamal, Uqasha Senrose bertindak membalasnya dengan jawapan yang romantis dalam watak Lily, pada ruangan komen. Bukan main lagi!
"Saya pasti awak kan bahagia dengan cinta pertama awak...Saya akan cari kebahagian saya Rizal...Saya ada anak dia kekuatan saya...Thank you sebab jaga saya semalam ini," tulisnya.
Pada mulanya ramai yang 'tertipu' dengan hantaran Kamal, namun terpaksa menerima episod terakhir drama bersiri Michael Ang itu bakal berakhir pada Isnin hadapan.
Untuk pengetahuan semua, minggu ini sebenarnya merupakan minggu tambahan buat drama tersebut.
Terima kasih atas sokongan, gais!