Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aedy Ashraf Akui Melamar Amelia Sebagai Kekasih Bukan Gimik - “Tak Ada Masa Nak Dating..”

Azwa Rahman 27/05/2022 | 08:10 MYT

Pelakon Aedy Ashraf mengakui aksi melamar aktres Amelia Henderson sebagai kekasih bukanlah gimik produk seperti yang menjadi dakwaan ramai.

Malah, setelah sekian lama mengunci mulut mengenai spekulasi hubungan cinta yang tercetus diantara dua pelakon drama Kisah Cinta Kita ini, Aedy mengiakan bahawa hubungan tersebut lebih daripada rakan sekerja.
Menurut Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 28, dia melakukan lamaran terbuka terhadap Amelia pada sebuah festival makanan Mac lalu secara semulajadi dan ia tidak dirancang sama sekali.
“Saya pun terkejut dengan tindakan spontan tersebut. Bukan saja lain tetapi saya termasuk Amelia pun terkejut.
“Lamaran tersebut saya tak rancang apa-apa pun. Kami berdua memang tak tahu apa-apa dan semuanya berlaku secara semula jadi,” katanya kepada Gempak.
Aedy ditemui pada majlis doa selamat filem terbaharu lakonannya, War On Terror di Ibu Pejabat Multimedia Film bertempat di Shah Alam pada Khamis.
Meskipun hati saling bertaut, pelakon yang terkenal dengan filem Tentang Bulan itu memaklumkan dia dan Amelia tidak mempunyai masa untuk keluar bersama kerana jadual kerja yang sangat padat.
“Sejujurnya jadual kehidupan saya memang tak seimbang langsung.Kerja saya memang akan letak nombor satu, sampaikan masa dengan keluarga pun banyak dikorbankan.
“Tak ada masa nak dating pun. Mungkin saya seorang manusia yang terlalu cintakan kerja sehingga kasih sayang di tempat lain pun agak terabai.
“Amelia pun sangat sibuk sebenarnya dan persamaan kami mungkin perkara tersebut iaitu jadual kedua-duanya terlalu padat. Kami tak jumpa atau dating tetapi hanya berhubung melalui telefon sahaja,” kongsinya.
Dalam pada itu, Aedy terharu dengan sokongan peminat dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak henti-henti mendoakan hubungannya bersama Amelia.
“Saya rasa terharulah sebab saya dapat sokongan penuh daripada peminat di Malaysia dan juga Singapura. Terima kasih untuk semuanya,” jelasnya lagi.
Pada 27 Mac lalu, tular video memaparkan Aedy melutut melamar Amelia sebagai kekasih hatinya semasa sebuah konsert festival makanan berlangsung.
Selepas lamaran kekasih tersebut, Aedy mahupun Amelia tidak berkongsi lanjut mengenai status hubungan mereka.
Sekadar info, Amelia sudah bercerai sengan dengan bekas suami iaitu Tunku Harunnarasheed Putra pada tahun 2018.

#Aedy Ashraf #Amelia Handerson #War of Peace
;