Laman Utama

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

Amri Hassan
20/12/2023
06:45 MYT
Sponsor Banner
Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"
Pasangan selebriti terkenal yang juga ahli perniagaan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membayar zakat perniagaan RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

BERITA TRENDING: Ini Plan Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kalau TikTok Shop Diharamkan Di Malaysia

Aeril, 35, berkata, jumlah yang dibayar itu adalah hasil perniagaan tahun ini.
"Alhamdulillah, ini kewajipan yang perlu dilaksanakan. Kami bersyukur atas nikmat dan rezeki yang tidak pernah putus daripada Allah SWT.
"Ini juga berkat sokongan tanpa henti daripada semua pihak dan pelanggan setia kami. Semoga 2024 dan tahun seterusnya akan menjadi tahun yang lebih baik lagi buat kita semua," katanya.
Menurutnya, zakat yang dikeluarkan itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.
"Dalam rezeki kita, insya-Allah ada rezeki orang lain juga. Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Saya percaya, LZS adalah agensi terbaik dalam menguruskan perkara ini.
"Semoga usaha ini menjadi langkah awal dan pendorong buat orang lain juga. Percayalah, tidak miskin orang yang bersedekah di jalan Allah," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Ramai Terharu Lihat Aeril Zafrel Hadiahkan Brabus 900 Rocket Edition Kepada Wawa Zainal

Tahun lalu, Aeril Zafrel meraih penghargaan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana melaksanakan bayaran zakat melebihi RM50,000.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar