Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Afgan, Anggun, David Foster & Mel C Antara Yang Bakal Menghiburkan Anda Di AXN All-Stars

Azwa Rahman 30/10/2020 | 12:15 MYT
Saluran hiburan popular global milik KC Global Media Asia, AXN mengumumkan akan mengadakan sebuah acara hiburan eksklusif digital yang dikenali sebagai AXN All-Stars.
Hasil kolaborasi bersama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia, acara atas talian istimewa ini membawakan program menarik dengan barisan penghibur bertaraf antarabangsa seperti Afgan, Anggun, Cosentino, Cyril Takayama, David Foster, Michael Bolton dan Mel C.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media Asia, George Chien, pihak mereka amat berbangga untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Republik Indonesia untuk membawakan AXN All-Stars.
“Sebagai satu jenama yang berkembang melalui inovasi dan kreativiti, kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Republik Indonesia.
Dengan kepakaran produksi serta barisan penghibur yang ada, kami yakin bahawa persembahan atas talian ini bakal menaikkan semangat serta mengumpulkan peminat bersama tatkala menikmati perkongsian pengalaman ini.” jelasnya menerusi satu kenyataan.
Program ini akan dihoskan oleh personaliti popular seperti Allan Wu, Melissa C. Koh, Justin Bratton, Alan Wong, Marc Nelson, Patricia Gouw dan Rovilson Fernandez.
Sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan serta penduduk di Asia yang terkesan dengan pandemik COVID-19, program hiburan ini bertujuan untuk meningkatkan semangat semua dengan kuasa kolektif hiburan dan mempamerkan bagaimana tanggungjawab sosial boleh hadir dalam bentuk hiburan dan bertaraf antarabangsa.
AXN All-Stars akan dipertontonkan secara langsung dan percuma pada 28 November (Ahad), 8PM di laman Youtube (https://www.youtube.com/user/axnasia) dan Facebook AXN Asia (https://www.facebook.com/axnasia).
#Afgan #AXN ALL-STARS #Republik Indonesia
;