Laman Utama
Afgan Lalui Terapi Dengan Pakar Psikiatri - "Saya Alami Mental Block, Burn Out ..."
Penyanyi Afgan mengaku bertemu dengan ahli terapi atau psikiatri berhubung kesihatan mental yang dialami sejak pandemik COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.
Afgan berkata, ketika pandemik, dia memerlukan sistem sokongan terutama daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat.
“Ketika pandemik COVID-19 melanda, semuanya terhenti. Saya tak boleh buat persembahan, rakam lagu dan waktu itu juga saya banyak bersendirian.
“Sejak itu, saya alami mental block. Ia adalah tahun yang sangat sukar bagi saya. Justeru, disebabkan itu saya memerlukan sistem sokongan seperti kawan rapat.
“Jika sebelum ini saya bekerja keras selama 13 tahun, namun apabila pademik melanda, saya tidak boleh melakukan banyak perkara. Jadi, saya alami ‘burn out’. Selain itu saya juga alami depresi” katanya kepada Gempak.
Sehubungan dengan itu, Afgan mula menyedari bahawa banyak hal yang perlu diperbaiki. Jadi, penyanyi lagu Terima Kasih Cinta itu memutuskan untuk bertemu dengan ahli psikiatari.
“Saya mula buat terapi dengan ahli psikiatari sejak pandemik dan rutin itu berlanjutan sehingga sekarang, setiap bulan untuk membuatkan saya untuk keep moving.
“Dalam masa sama, saya bersetuju untuk bertemu pakar kerana ramai antara sahabat saya yang turut melalui hal sama. Jadi, mereka mencadangkan saya untuk mendapatkan bantuan yang serupa.
“Sekarang saya lebih content, spiritual dan tenang. Ada hikmah pandemik ini,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pukul 8.30 malam esok.
Afgan bakal menyanyikan 24 buah lagu termasuk karya-karya daripada album mini terbaharu, +62.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.