Laman Utama
Afifah Nasir & Rita Nadira Kongsi Tutorial Solekan Segar Untuk Raya, Kebersihan Gigi Jangan Dilupakan!
Pelakon terkenal Afifah Nasir sememangnya terkenal kerana memiliki kulit yang mulus dan bersih. Berkongsi rutin hariannya dalam penjagaan kulit, rupanya Afifah seseorang yang mementingkan pelembap untuk kulit kelihatan bersinar dan bertenaga.
Selain itu juga, solekan memainkan peranan yang penting untuk keseluruhan penampilan nampak memukau. Bagi Afifah, alat-alat solekan tidak semestinya perlu mahal tetapi apa yang penting, wajah nampak bermaya.
Seperti Afifah, definasi cantik yang sebenar baginya adalah cantik luaran dan dalaman. Cantik dari hati, menyerlahkan lagi sinaran di wajah seseorang. Bukan itu sahaja, kesihatan gigi juga tidak boleh diambil ringan.
Tambahan pula dalam bulan puasa, pernafasan pasti akan berbau. Lepas bersahur, Afifah wajib memberus gigi menggunakan Colgate Optic White O2. Perisa mentolnya yang aromatik membuatkan dirinya terasa segar di pagi hari.
Selain itu, rahsia untuk kekal yakin sepanjang hari adalah dengan teknologi oksigen aktif terbaharu. Gigi akan tampil putih dalam masa tiga hari sahaja. Bila gigi dah cantik, wajah makin berseri, inilah masanya untuk #SmileOutLoud.
Tonton tutorial solekan Afifah Nasir di sini.
Bagi pelakon yang mula bertapak sebagai model, Rita Nadira, kesibukan dirinya membuatkan dia sering terkejar-kejar dan bersiap di dalam kereta.
Biarpun dalam tergesa-gesa, Rita sentiasa mengenakan solekan lengkap. Malah, siapa sangka Rita sebenarnya sukakan solekan yang tipis, dia cukup yakin dengan wajahnya dengan solekan dan tanpa solekan.
Mengambil petua pemakanan Habatuss Sauda dan vitamin C daripada ibunya, itulah sebahagian inisiatif yang diambil oleh gadis berusia 24 tahun ini berdepan dengan pandemik.
Satu lagi rahsia penjagaan diri Rita, dia akan sentiasa membawa sebuah beg kecil berisi lipstick, cecair pembersih tangan serta Colgate Optic White O2 ke mana sahaja dia pergi.
Bagi Rita, gemar memberikan senyuman lebar membuatkan dia sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan gigi. Mengamalkan memberus gigi selepas setiap kali berbuka puasa, dia akan sentiasa memastikan mulutnya selesa dan segar untuk menunaikan solat Maghrib.
Dengan formula yang menyerap pantas ke dalam enamel gigi, ia berfungsi membersihkan kotoran halus dan memutihkan gigi. Istimewanya lagi, Colgate Optic White O2 menjadikan gigi Rita lebih putih dalam masa tiga hari! Barulah penampilan diri makin berseri dan menambah keyakinan diri. Jangan lupa untuk #SmileOutLoud!
Tonton video tutorial bersolek ala Rita Nadira di sini.