Hiburan
Afreena Suhaimi ‘Signing Off’, Anggap Along Cham Suami Hebat - “Saya Bersyukur Kerana Allah…”
Selepas Along Cham berkongsi mengenai proses memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Sepang, isteri kepada pelawak itu iaitu Afreena Suhaimi berkongsi nukilan menyayat hati di Instagram.
Bukan isteri sempurna
Menerusi perkongsian itu, Afreena atau lebih dikenali sebagai Feena mengakui dia bukan seorang isteri sempurna namun tidak menjangka rumah tangga yang dibina dengan perjalanan yang indah akhirnya hancur.
“Saya mungkin bukan isteri yang sempurna. Saya kadang-kadang bercakap perkara yang bodoh, ketawa apabila tidak sepatutnya.
“Saya mungkin melakukan kesilapan yang mencetuskan kita berdua dan membawa kita ke hari ini (kemelut rumah tangga).
“Kita berdua tidak sempurna, kita memulakan perjalanan yang indah, suka dan duka, susah dan senang hanya kita berdua yang tahu. Kita hancur bersama dan sembuh bersama.
“Kita hampir berpisah dan kita memilih untuk bertahan kerana kita percaya itu ini adalah ujian besar dari Allah,” kongsinya.
Syukur kenali Along
Menyerahkan segala takdir kepada Ilahi, Afreena mengucapkan terima kasih kepada Along kerana menjadi suami yang hebat selain bersyukur dapat mengenali pelawak itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Kembali Bergelar Duda, Along Selesai Urusan Pengesahan Lafaz Taklik
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Mentua Minta Along Berdepan, Jadi Lelaki Sejati - “Sebagai Orang Tua, Kami Tak Mahu Masuk Campur Hal Peribadi Anak-Anak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Along Cham Sound Selebriti Jaja Cerita Buruk Dalam Live - "Tolong Hentikan! Awak Tak Hidup Dengan Saya"
ARTIKEL BERKAITAN: Suami Isteri Ditahan Babit Laporan Dibuat Isteri Along Cham
“Saya masih ingat kata-kata awak ‘sayang Allah tak tengok permulaan hidup tapi Allah tengok pengakhiran hidup’.
“Hubungan kita sangat terdedah dan hanya Allah yang tahu apa yang berlaku. Namun, saya bersyukur kerana Allah mengutus awak kepada saya, suami tersayang.
“Tiada apa yang boleh saya ucapkan selain terima kasih kerana menjadi lelaki yang hebat dan bapa yang baik, sayang awal.
“Semoga Allah membalas segala kebaikan awak selepas ini. Awak adalah pengalaman yang tidak ternilai bagi saya. Semoga Allah permudahkan urusan kami berdua selepas ini,” katanya lagi.
Pada hantaran yang sama, Afreena berkata, dia akan memulakan sebuah kehidupan baharu bersama anaknya.
Must-Watch Video