Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Agen Kenakan Cas Untuk Setiap Bekas Kepada Pelanggan, Shima Anuar Minta Maaf & 'Refund' Duit

Zulaikha Yusof 14/10/2020 | 07:45 MYT
Pelakon Shima Anuar tampil memohon maaf kepada pelanggan yang dikenakan cas untuk setiap bekas yang dibeli daripada agen laksam negeri Johor dan Pulau Pinang.
Menurut Shima, 29, dia tidak tahu menahu tentang kejadian yang berlaku itu.
"Saya betul-betul minta maaf dengan apa jadi sebelum ni. Saya tak tahu apa-apa.
"Semalam bila saya kongsi video baru dapat tau yang sebenarnya pelanggan saya dikenakan cas tambahan untuk setiap bekas.
"Sepatutnya hanya dikenakan cas per person bukan setiap bekas," katanya
Perkongsian tersebut dibuat menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) yang dimuat naik pada hari Selasa.
Tambah pelakon yang mencipta nama menerusi filem Flat 3A, dia tidak ingin pelanggan berasa teraniaya justeru dia akan mengembalikan semula duit.
"Disebabkan benda dah jadi, anda boleh direct message (DM) saya. Macam anda beli 10 bekas laksam dan dikenakan cas untuk setiap bekas tu.
"Tunjukkan bukti dan saya sendiri akan refund balik menggunakan duit saya sendiri dengan rela hati. Jangan risau.
"Saya pun letakkan diri saya sebagai pelanggan. Kalau saya pun akan naik hantu kalau macam tu.
"Saya tak nak pelanggan rasa teraniaya. Benda-benda ni tak akan jadi dah lepas ni," katanya lagi.

Lepasni dah tak ada agent di Johor, Melaka dan Penang. Siapa yg dah buat pembayaran boleh DM @laksambys bagi your details ya? Hari jumaat i sendiri yg akan hantar laksam korang. Siapa org JB nak selit order pun boleh DM @laksambys

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on

Sebelum ini, Shima mengakui lebih selesa untuk terus mencari sumber pendapatan sendiri, tanpa perlu bergantung kepada suaminya semata-mata.
BACA: "Boleh Je Duduk Goyang Kaki, Tapi..." - Shima Anuar Tetap Nak Cari Duit Sendiri Biarpun Suami Mampu Sediakan Semuanya!
#Shima Anuar #Refund #Pelanggan #Laksam
;