Ahh Sudah, Pengimbas Suhu ‘Infrared Thermometer’ Punca Kanser? Doktor Ini Tampil Beri Penjelasan!
Tiada angin tiada ribut muncul pula satu video mendakwa alat pengimbas suhu atau Infrared (IR) Thermometer punca penyakit kanser.
Menerusi video yang sedang viral itu, seorang individu mendakwa alat tersebut tidak sepatutnya digunakan di kepala.
Malah, kekerapan menghalanya ke arah kepala boleh menyebabkan kanser.
Bimbang sekiranya orang ramai terpedaya, seorang doktor tampil menjelaskan perkara sebenar menerusi satu posting di Twitter.
Menurut Dr Shazwan Sazali, video tersebut jelas tidak tepat.
“Salah satu cara untuk mengukur suhu tubuh badan seseorang adalah dengan menggunakan “non-contact infrared thermometers (NCITs)”.
“NCITs boleh digunakan lebih-lebih lagi pada musim pandemik untuk mengurangkan risiko cross-contamination sekaligus mengurangkan penyebaran virus.
“Kebaikan NCITs mengurangkan risiko penyebaran penyakit (non contact), mudah digunakan, mudah dibersihkan, mengukur suhu dengan kadar lebih cepat.
“Walaubagaimanapun, cara penggunaan NCIT perlu tepat dengan mengambil kira jarak dan kedudukan dengan dahi. Namun adakah ia bahaya?,” katanya.
Menurut Dr Shazwan, seorang researcher dari Chinese Center for Disease Control and Prevention pernah menjelaskan yang IR Thermometers berfungsi dengan menerima radiasi ‘thermal’ yang disebarkan oleh tubuh manusia sendiri.
“Alat tersebut tidak mengeluarkan sebarang radiasi yang boleh membahayakan kesihatan manusia.
“Alat tersebut menerima radiasi bukan mengeluarkan radiasi,” katanya.
Anda boleh lihat penjelasan penuh doktor tersebut di bawah.
Sementara itu, posting doktor tersebut juga telah mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menerusi satu posting di Twitter, KKM Putrajaya menjelaskan IR Thermometer selamat digunakan dan tidak menyebabkan kanser.
Infrared thermometer menyebabkan kanser? ??Saya tak tahu siapa yang buat video ni, tapi jelas ini tidak tepat.Setiap tuduhan perlu ada bukti dan penjelasan berasaskan penelitian.Maka jom belajar sikit pasal IR thermometer ni supaya tak jadi palatao di masa depan... pic.twitter.com/GSqhLiMWJY— Dr Shazwan Sazali (@shazwan_sazali) July 26, 2020