Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ahirine Ahirudin Tak Kisah Dilabel Pelakon ‘Kayu’, Akan Masuk Kelas Lakonan - "Sebelum Ni Saya Main Motor & Pakai Helmet ..."

Shahrin Zulkifle 01/12/2022 | 13:00 MYT

Pelakon Ahirine Ahirudin akui sudah bersedia untuk menerima keceman daripada netizen sekiranya dilabel sebagai pelakon ‘kayu’ apabila penonton menyaksikan lakonannya dalam filem Remp-it 2.

Menyedari masih baru dalam dunia lakonan, Ahirine terbuka menerima kecaman tersebut sebagai motivasi agar dia menjadi lebih baik kelak.

“Saya mengaku masih baru dalam bidang lakonan dan masih kayu, kerana sebelum ini watak saya hanya pakai helmet dan main motor sahaja.

“Sebelum Remp-it 2 di pawagam keluar saya sudah bersedia untuk dikecam jika ada yang tak suka saya. Saya terima dengan hati terbuka.

“Tapi saya akan ambil semua feedback orang untuk improve kan bakat saya. Saya anggap itu sebagai proses bagi seorang pelakon untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, aktres berusia 26 tahun itu turut memaklumkan bahawa dia akan memasuki kelas lakonan bermula Disember ini bagi memantapkan lagi lakonannya.

“Saya akan masuk kelas lakonan pada Disember untuk tempoh masa sebulan.

“Daripada kelas situ saya aka usaha sehabis baik untuk memantapkan bidang lakonan saya agar menjadi lebih dan baik lagi.

“Isnya-Allah, tak salah untuk saya menimba ilmu kerana ia untuk kebaikan saya juga,” tambahnya lagi.

Selain Ahirine, filem Remp-it 2 terbitan FKX Film itu turut membariskan pelakon Farid Kamil yang juga bertindak sebagai pengarah, Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi dan ramai lagi.

Saksikan Remp-it 2 di seluruh pawagam Malaysia sekarang!

#Filem #Farid Kamil #Ahirine Ahirudin #Remp-It 2
;