Laman Utama

Ahli Keluarga Positif Covid-19, Fynn Jamal Kongsi Cabaran Jaga Bapa Nyanyuk - "Dah Tak Ada Virus Pun Mental Fizikal Dah Tak Sama"

Amri Hassan
22/01/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Ahli Keluarga Positif Covid-19, Fynn Jamal Kongsi Cabaran Jaga Bapa Nyanyuk - "Dah Tak Ada Virus Pun Mental Fizikal Dah Tak Sama"
Penyanyi dan usahawan Fynn Jamal akhirnya terbuka untuk berkongsi kisah mengenai ahli keluarganya yang positif jangkitan Covid-19.
Kata Fynn, selain bapanya yang berusia 71 tahun, datuk (95), adik (35) dan anak saudaranya (10) positif virus berkenaan.
"Kami suspek abah dapat masa pergi menyantuni atok yang patah kaki, seluruh kerabat kena swab test. Keputusannya, abah, atoh, achik, anaknya positif Covid-19.
"Siasat punya siasat mereka kluster dari JB. Alhamdulillah, abah dan atok tak ada jangkitkan sesiapa, tapi kami kena kuarantin dua minggu," kongsi Fynn panjang lebar menerusi Instagramnya.
Selepas dibawa ke Hospital Kluang, bapanya dibenarkan keluar lebih awal selepas 11 hari dikuarantin.
"Sebab abah memang sampai sudah tiada simptom, cuma virus ada dalam dia. Jadi, apabila virus sudah tiada dia boleh balik," tambah Fynn.
Namun, sepanjang tempoh sebulan, bapanya berubah menjadi 'individu' lain.
"Untuk bahasa lebih mudah abah nyanyuk, merapik dan bukan-bukan. Tapi ada kejap-kejap dia okey tapi 70% out. Tak boleh tidur dan perlukan pemerhatian rapi.
"Bayangkanlah tiba-tiba berlegar pakai boxer je depan kami anak cucu," katanya yang kemudiannya menjaga bapanya selepas dirinya sendiri habis kuarantin.
Fynn dipaksa pulang ke ibukota untuk menjenguk anak dan suaminya yang ditinggalkan terlebih awal sebelum pulang menziarah bapanya selepas diberitakan ibunya sebelum itu.
Setiap hari kata Fynn dia akan pastikan untuk menelefon kedua-dua orang tuanya untuk memantau keadaan mereka di kampung.
"Alhamdulillah, selepas sebulan abah keluar dari hospital baru nampak abah yang dulu beransur pulih perlahan-lahan.
"Borak dengan kawan-kawan frontliners, rupanya memang ramai kes macam abah. Kenyanyukan. Lupa fungsi motor, dah tak ada virus pun mental fizikal dah tak berapa sama. Makan masa untuk betul-betul jadi dia yang dulu," tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar