Viral
Ahli Silap Mata Pak Tarno Kini Hidup Susah, Sudah Kahwin 10 kali Termasuk Pramugari
Dunia hiburan Indonesia kini heboh dengan kisah keadaan hidup seorang ahli silap mata legenda mereka, Pak Tarno yang menyedihkan.
BERITA TRENDING: Bukan Propa! Rupanya Shiha Zikir Memang Menyanyi Sambil Terapung, Siap Hire Magician - “Pening Kepala Dan Tahan Muntah…”
Pernah menjadi sangat popular dan melakukan persembahan silap mata di pelbagai tempat satu ketika dahulu, Pak Tarno kini menderita serangan stroke dan menjual ikan di tepi jalan.Keadaan yang menyedihkan itu membuat ramai rakan artis seperti Raffi Ahma dan Ria Ricis menghulurkan sumbangan.
Namun selain kisah Pak Tarno yang kini hidup susah, netizen juga tertarik dengan fakta lain tentang warga emas ini.
Lelaki berusia 74 tahun ini ternyata sudah pernah menikah dengan 10 wanita.
Menurut laporan Suara.com, Pak Tarno kini menetap bersama isteri ke-10, Dewi yang dinikahi pada hari raya Aidilfitri tahun ini.
BERITA TRENDING: Anggun Jadi ‘Mangsa’ Magik The Sacred Riana, Juara Asia's Got Talent 2!
BERITA TRENDING: "Jadi Pramugari Ajar Saya Bersabar, Berkomunikasi Lebih Baik" - Ziana Zain
Selain Dewi, Pak Tarno masih berkahwin dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Sariah. Namun Sariah mendakwa Dewi sebagai seorang pelakor.Isteri keduanya dikenali sebagai Lisa Karlina dan dikatakan Pak Tarno banyak menghabiskan masa malah Lisa yang menjaga lelaki tersebut selepas terkena stroke di kediamannya.
Pak Tarno juga diketahui berkahwin dengan seorang pramugari yang merupakan isteri ketiganya, Sri Rahayu. Namun mereka didakwa sudah bercerai sejak Sri Rahayu tidak lagi kelihatan bersama Pak Tarno.
Bagaimanapun enam identiti wanita yang pernah berkahwin dengan Pak Tarno tidak diketahui.
Must-Watch Video