Hiburan
Ahmad Nawab Meninggal Dunia Pada Usia 92 Tahun
Seniman Negara Tan Sri Ahmad Nawab dilaporkan meninggal dunia pada petang Ahad.
Ahmad Nawab, 92, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat sesak nafas kira-kira jam 3 petang tadi.
Berita sedih tersebut dimaklumkan oleh anakanda Allahyarham iaitu Sabariah.
Untuk info, Allahyarham Ahmad Nawab banyak melahirkan nama besar dunia seni suara seperti Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jamal Abdillah, Uji Rashid dan Ramlah Ram.
Allahyarham Ahmad Nawab atau nama sebenar, Ahmad Khan Nawab Khan memulakan karier muzik sejak berusia 16 tahun.
Sepanjang kariernya, Ahmad Nawab menghasilkan lebih 200 album yang didendangkan artis tempatan dan Indonesia seperti Hetty Koes Endang dan Broery Marantika.