Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Aiman Tino Alami Demam Denggi, Kini Dirawat Di Hospital

Asyikin Mayudin 21/05/2023 | 10:25 MYT

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat mengalami demam denggi.

Ibu kepada Aiman iaitu Hazelina Mat Jalil menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada rakan suaminya yang sudi masakan sup ketam untuk anak mereka.

“Terima kasih diucapkan kepada sahabat suami, Dek Yan sudi masakan sup ketam untuk anak saya Aiman.

“Semoga dia cepat sembuh… demam denggi memang bagus makan sup ketam,” katanya.

Hazelina turut memuat naik foto memperlihatkan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu sedang berehat di wad di hospital.

Rata-rata netizen turut mendoakan agar penyanyi berusia 24 tahun itu diberikan kesembuhan cepat.

Untuk rekod, Aiman mendirikan rumah tangga dengan pasangannya iaitu Che Syarah Haifa Che Isa, 24, dengan sekali lafaz pada 27 April lalu di dewan Astana, Shah Alam.

#Aiman Tino #Aiman #Aiman demam denggi
;