Hiburan

Aina Abdul Mahu Bereksperimentasi Di Pentas AJL35, Janji Tak Ulang Kontroversi Gimik Baju Berdarah

Zulaikha Yusof
11/01/2021
01:50 MYT
Sponsor Banner
Aina Abdul Mahu Bereksperimentasi Di Pentas AJL35, Janji Tak Ulang Kontroversi Gimik Baju Berdarah
Penyanyi Aina Abdul, 28, menyatakan dia akan berhati-hati ketika melakukan persembahan lagu berjudul Semalam di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).
Menurut Aina, dia tidak ingin mengulangi kesilapan edisi lalu sehingga tidak dapat menonton semula video nyanyiannya di YouTube.
“Saya tak nak dikecam sampai saya tak boleh tengok video sendiri dalam YouTube.
“Kalau boleh saya nak revisit (lawat semula) persembahan tersebut, baca komen dan berbangga dengan persembahan lagu Sumpah di pentas AJL tahun lalu," katanya.
Aina ditemui ketika majlis ramah mesra AJL35 di Plaza Alam Sentral Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani akui lebih peka dengan garis panduan yang telah ditetapkan berbanding tahun lalu.
Malah, dia ingin persembahan pada malam AJL35 diingati ramai dengan komen-komen positif.
“Kali ini, saya lebih tahu tentang garis panduan. Tahun lalu, saya pertama kali bertanding. Jadi tentang garis panduan apa semua, saya tak tahu sangat.
“Pun begitu, saya akan tetap bereksperimentasi dan menyampaikan persembahan berkonsep," katanya lagi.
Terdahulu, persembahan lagu Sumpah yang menggunakan gimik baju berdarah itu telah mencetuskan kontroversi kerana didakwa berkonsep memudaratkan diri, melampau serta melanggar peraturan kandungan media.
BACA: "Dah Tak Ada Idea Ke?" - Persembahan Aina Abdul Didakwa Keterlaluan, Langgar Peraturan
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar