Laman Utama
Ainul Mardhiah Semakin Sihat, Doktor Hentikan Penggunaan Ventilator
Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini dalam keadaan yang lebih baik selepas hampir lima hari berada di unit rawatan rapi Pediatrik (PICU) bagi mendapatkan rawatan susulan akibat terkena jangkitan kuman.
Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan anaknya menunjukkan perkembangan yang baik pada hari ini dan kemungkinan doktor akan cuba menghentikan penggunaan ventilator.
“Ainul bertambah baik hari ini, doktor akan cuba ‘off ventilator’ dan anak saya masih berada dirawat di PICU.
“Doktor belum bagi apa-apa perkembangan mengenai berapa lama Ainul perlu berada di PICU kerana masih banyak prosedur rawatan yang mereka perlu lakukan,” katanya.
Saifuddin juga bersyukur kerana anaknya itu dilihat menunjukkan peningkatan yang baik setiap hari dan mengharapkan agar orang ramai terus mendoakan kesihatan Ainul.
Sumber: Kosmo Online