Gaya Hidup

Air Hijau Jernih Macam Maldives, Sungai Rambai Di Melaka Tular... Tapi Awas, Ada Buaya!

Azwa Rahman
17/06/2020
10:25 MYT
Sponsor Banner
Air Hijau Jernih Macam Maldives, Sungai Rambai Di Melaka Tular... Tapi Awas, Ada Buaya!
Sebatang sungai di Melaka yang dikenali sebagai Sungai Rambai menjadi tular di laman sosial kerana kejernihan airnya.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna Faizal Hussamuddin berkongsi foto keindahan Sungai Rambai yang memukau.
“Nak pergi Melaka tapi dah bosan tak tau nak buat apa, cuba try pergi Sungai Rambai setengah jam je dari Bandaraya Melaka! “Serius mesti korang terpukau lepas pergi Sungai ni air dia crystal clear, sangat cantik!” tulis pemuda itu menerusi satu kicauan.
Namun, jika anda yang ingin melawat Sungai Rambai, anda dinasihatkan untuk tidak bermandi-manda di dalam sungai tersebut kerana ia merupakan kawasan habitat buaya.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, ramai yang teruja melihat kejernihan air sungai
“Baru pergi dua hari lepas. Memang jernih! Tapi since ada buaya, cukuplah sekadar menikmati pemandangan mendamaikan kat sini,” tulis seorang wargamaya.
“Aduh kantoi pulak lagi. Bertambah la jem kat melaka, apa-apa pun jaga kebersihan ok #dontmesswithmelaka,” kata seorang wargamaya.
“Terus save foto ni. Masya-Allah cantiknya. Insya-Allah kena pergi lepas ni tunggu covid setle dulu,” puji seorang wargamaya.
“Haritu ada lalu. Nak amik gambar tapi kakak drive laju. Tak sempat nak amik. Sumpah lawa,” komen seorang wargamaya.
“Tolong jangan cemarkan ye terima kasih, ikhlas dari kampung sebelah,” ujar seorang wargamaya.
“Harap berkekalan. Jangan esok hitam balik sudah,” kata seorang wargamaya lagi.
Sumber foto: Twitter Faizal Hussamuddin
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar